12.12.12 HAPPY BIRTHDAY IRWANSHARP!

hai.

entri ni khas untuk kazen aku yang bernama Amirul Ashraf Zulfakar a.k.a ACAP!

this is him
ACAP...happy birthday.. selamat berumur 22 tahun secara official nya. hehe. tahun ni bday ko tarikh paling lawa tapi ktorang tak de. tak dapat nak celebrate bday ko. semoga rambut tumbuh kembali. HAHAHA.  semoga berjaya dalam hidup dan menjadi ID yang berjaya. boleh tolong hias rumah aku nanti. hehehe

semangat amerika gile! hahaha
acap ni kazen aku yang paling aku rapat sejak kecil lagi. kiranya kitorang memang meant to be together. cewahhh! hahaha. ktorang membesar sama-sama. macam-macam kenangan yang ktorang bina n cipta bersama.

dulu masa kecik-kecik, kalau aku dengan acap gaduh mesti dia akan tarik rambut aku. rambut aku dlu panjang. memang itu feveret dia. sangat feveret! jahat acap ni dulu. haha.

si baju hijau yg bajet muka sombong
lepas tu, masa kecik-kecik ktorang suka main masak-masak. selalunya ktorang akan guna perkakas memasak yang dalam bilik bawah tanah. dan kami selalu buat kerja-kerja memasak ni, bila atuk dengan wan keluar. ktorang memasak betul-betul. siap hidupkan api lagi. yang paling aku ingat, ktorang masak pisang. lepas tu letak atas pagar bagi burung makan. esok bila tengok balik tempat letak pisang masakan ktorang, "eh, dah tak de laaaaa! burung dah makan," pastu, gembira gila dan pergi cari belalang pulak. cabut kaki belalang. 

makan juga harus duduk sebelah menyebelah

dulu masa kecik-kecik aku dengan acap ni suka curi telur ayam rumah jiran. bila dah curi telur ayam tu, bukan nak bawak balik suh mak masak ke apa. ktorang pecahkan telur tu. kira macam feveret jugak la curi-curi telur ayam dan pecahkan. bila suka sangat mencuri telur ayam, ada satu hari tu tuan rumah kejar ktorang dengan penyapu lidi sebab curi telur ayam dia. habis ktorang lari. hahahaha. dan masa kat rembau pun sama. ktorang pergi reban ayam dan main ayam. last-last bdan naik tungau! hahahaha.

ktorang memang akan buat aktiviti sama-sama. tak kesah la main boling ke, brenang ke..
masa kecik-kecik jugak, ktorang suka main disko-disko. pasang lagu kuat-kuat pastu buat konon-konon mabuk. kalau ingat balik pasal main disko-disko ni, memang ktorang termalu sendiri sebab ni lah game paling bengong ktorang main. dah macam tak ada game lain nak main. konon mabuk! ceh! hahaha.

bila aku naik darjah 6, acap form 1. masa ni, babang dengan kak farah dah mula tak rapat. tapi aku dengan acap masih rapat. ktorang pernah berjanji sama-sama. aku ingat lagi masa tu dalam kereta nak ke mana entah aku pun tak ingat. rasanya sama ada nak pergi kL or balik kampung. "kita janji tau kita akan rapat sampai bila-bila," sampai sekarang ktorang rapat. setia tak ktorang? hehe


ktorang rapat sampai makcik pakcik ktorang siap bagi quote lagi.. "di mana ada ain, di situ la ada acap," hahaha. pastu ktorang akan borak malam-malam sampai pukul 3,4 pagi. banyak cerita. kadang-kadang rasa macam cerita yang ktorang nak cerita tu takkan pernah habis. ada je benda nak cerita. dulu pun ktorang pernah ada salah faham. gaduh. konon tak nak kawan. klaka kalau ingat balik. siap tulis surat bagai. padahal sorang duduk atas tangga, sorang duduk kat sofa. hahaha

dolu-dolu... hahaa

feveret aku dengan kazen-kazen ni swimming tau. atuk dengan wan selalu bawak ktorang pergi swimming. kalau duduk hotel, mesti dan wajib swimming. dan masa swimming, aku dengan acap selalu akan buat aksi gimnastik ktorang. perasan hebat la konon. aku akan berdiri atas bahu acap dan acap akan berdiri jugak. pastu terjun balik dalam kolam. then, aktiviti aku dengan kazen dalam kolam mesti main buaya-buaya. tak pun cari batu, then lempar batu dalam kolam dan semua terjun masuk kolam untuk dapatkan batu tu balik. hahaha.

thnk u atuk dan wan :)
sampai la sekarang ktorang rapat. aku dah umo 21 tahun dan acap pun dah umo 22 tahun. ktorang selalu kongsi cerita bila ktorang keluar lepak. ktorang rapat ni pun ada sampai orang ingat acap ni pakwe aku. HAHAHA. kalau nak cerita aktiviti aku dengan acap, memang banyak. kenangan kat kuching, masa naik star cruise, masa kat kuantan, kat terengganu, kt kota A famosa.. macam-macam!

minum air nak tangan belit-belit konon. perasan sweet la ni. hahaa

happy birthday yang ke-22 acap! love u. xoxo

bui bui! :)

No comments: