APABILA BULAT BERTEMU BULAT

hai.

pukul 4 petang tadi, aku dengan adik keluar ke bandar. tujuan utama adalah untuk meluangkan masa bersama dan berkasih sayang bersama. dan eka rah pun join aktiviti berkasih sayang ni jugak. hehe. ni lah first time aku jumpa dan hang out dengan budak maktab masa cuti kat sabah. hehe.

otw ke Parkson. adik drive. aku malas drive sebab nak cas fon. hehe
kami hang out lambat sebab actually aku kena tunggu eka rah sampai dan check in hotel dulu. so, tempat pertemuan kami adalah kat Parkson sebab hotel eka rah ni sebelah Parkson je pun. 

bila dah jumpa......aku terkejut..sebab eka dah tambah bulat. ohmai!! ouh, mungkin baju yang dia pakai tu kot yang besar. hehe.

okay, lepas tu kami terus ke wayang 5D. actually aku dah usha benda ni last year. tapi selalu tak bkesempatan nak try. so, this time macam ngam sangat la timing. dalam cerita Mr Bean yang dulu-dulu tu korang ingat tak ada part yang Mr Bean tengok wayang yang kerusi dia gerak-gerak tu? haaaa...dari situlah aku simpan hajat nak try. gila lama kan hajat aku. hehe. haritu pergi genting pun ktorang tak sempat tgk wyg 4D sebab kena tunggu 2 jam.


so, sebelum masuk tu, ktorang kena pilih tajuk mana yang ktorang nak. semua tajuk dia macam best. nak amik yang zombie punya takut kena cekik pulak. so, ktorang amik yang adventure punya dulu. ktorang amik Jungle Adventure.


aku macam jakun jugak la sikit-sikit sebab tak pernah try kan. hahaha. ktorang siap gelak-gelak, jerit-jerit lagi. haha. ada 1 scene tu di mana roller coaster tu tiba-tiba jatuh gaung n aku rasa macam tergolek-golek je. hahaha. pastu tiba-tiba ada labah-labah gergasi muncul depan muka aku dan korek-korek mata aku. rasa geli gila. aku siap tepis lagi labah-labah tu. cacat bacat betul! HAHAHA. bila lalu kat air terjun, ada percikan air. basah skit seluar. haha. 

kalaulah ada kazen-kazen aku / geng bibiran, mesti lagi syok. haih! rindu korang weiiiiiiii....

lepas tu, ktorang ingat nak keluar daripada Parkson tu dan pergi Wisma Merdeka pulak. aih, aku melencong ke kedai jual cover fon pulak. apa lagiiiiiii...tetttttttttt.... apa-apa pun sangat puas hati membeli-belah cover fon dengan harga yang sangat berpatutan. boleh tdo lena malam ni. hehe

sebelum ke Wisma Merdeka, ktorang singgah Warisan Square sebab nak pg beli Big Apple untuk mak. aku suruh adik je yang turun pergi beli. 

masa tgh cari parking, ada sorang budak jual ulale ataupun orang panggil gula-gula kapas. ulale ni ktorang nak beli petang tadi lagi tapi tak sempat sebab masa tu traffic light dah hijau. budak-budak yang jual ulale ni dorang akan berkeliaran dekat kereta-kereta terutamanya waktu jem ataupun kt traffic light. so, masa tengah cari parking kt warisan square tu, ktorang stop la nak beli ulale sebab kat belakang tak de kereta lagi. bukak tingkap dan tanya

"brapa tu dik?"
"dua ringgit jak,"
aku cepat-cepat bagi RM2 sebab masa tu dah ada kereta kat belakang. takut dia hon lak.
budak lelaki tu tanya lagi dengan lemah-lembut, "mau warna apa?"
aku jawab dengan kelam-kabut " apa-apa jak la,"
sekali budak tu lempar je ulale tu dalam kereta.

aku drive cepat-cepat sambil gelak terbahak-bahak. gelabah gila budak tu sampai main baling je ulale tu dalam kereta. hahaha

budak tu campak ulale warna biru. hehe
then, kami pun sampai kat wisma merdeka. masa tu dah malam dah. so, macam jalan tengok-tengok baju je. kedai pun nak tutup dah. kt wisma merdeka ni ktorang sempat beli Takoyaki je. aku teringin pulak nak makan. hehe.

dahi aku cm extra luas. haha
keluar daripada Wisma Merdeka, aku hantar eka balik ke hotel. actually aku nak bawa eka tidur kat rumah sebab kat rumah ada aku dengan adik aku je. tapi sebab eka kena jadi babysitter, so nggak bisa tidur di rumah gue. 


dah hntar eka, aku gerak ke tempat mak untuk hantar Big Apple idaman hati mak. hehe. borak-borak dengan mak kejap dan aku dengan adik balik rumah.

masa nak balik, jem pulak. so, dalam kereta tu, ada pulak la kan sesi karaoke. hehe. sambil menyanyi sambil makan takoyaki. jem teruk sampai aku rasa aku sempat je snap gambar adik aku, berjoget dalam kereta tu. hahahaah.
kiri kanan jem.
ini ialah adik aku yang gedik nak makan takoyaki. hehe
aku jugak gedik sebab nak makan takoyaki masa jem. hehe
rupanya ada jpj buat roadblock. panjang lak tu jpj berbaris. kenyit mata sikit dan abang jpj bagi jalan terussss..banyak jugak la orang kena saman. risau jugak aku.


bui bui! :)