DERMA DARAH. KORANG TAK TAKUT KE?

hallo....!

cerita kali ini adalah mengenai Bina Insan Guru untuk semester 2. kalau masa aku semester 1, aku kena ikuti perkhemahan, semester ini kami kena derma darah. okay, serius kalau main dengan jarum jarum ni aku kurang sikit. aku takut. siapa yang layak kena derma darah. yang tak layak memang seronok.

cuba teka aku layak ke tak? sudah semestinya aku tak layak sebab berat badan tak cukup. terlalu ringan sampai boleh dilambung-lambung, ditolak-tolak angin. hehe. untung la kan nanti suami aku. tak payah nak angkat berat berat sangat.

supportive tak?haha

hari BIG tu macam-macam ragam manusia. ada yang menangis sebab kena derma darah la. ada yang tak mahu derma darah la bila layak. ada yang kecewa bila tak dapat derma darah. ada yang melompat-lompat kegembiraan bila tak layak derma darah. ada yang layak tapi bila nak mula ambil darah, tekanan darah jadi rendah la tiba-tiba. macam-macam sungguh.

hari tu jugak, aku dengan budak-budak perempuan kelas aku sepakat untuk buat kad hari guru. sempat siap dalam beberapa jam je. harap-harap salah satu kad tu mengena. haha..

serius betul muka aku menggunting kertas

bui-bui..
p/s: rasa macam nak tukar design blog ni la.bosan tengok yang sama.. :)