HANG OUT BERSAMA COUSIN

hai!

dah lama aku tak hang out dengan kazen-kazen aku. kami memang rapat. memang suka hang out sama-sama. tapi kalau time sekolah dan time tak cuti, kami susah nak jumpa sebab masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. haritu kami berkesempatan keluar lepak sama-sama setelah setahun tak lepak bersama + jarang berjumpa. 

faiz, iman, asharp dan iqa.
lepas maharajalawak final haritu, kami terus keluar lepak makan minum kat mcdonald. sejak dah boleh drive ni, memang sedap je nak gerak ke mana-mana. kalau dulu, nak pergi jusco, abang aku kena hantar la, driver kena hantar la. tak seronok okay! tak bebas.

aku makan mcflurry je. malas la aku nak makan sebab kat rumah makcu aku dah makan nasi banyak-banyak jadi, kenyang lagi. masa lepak semua cerita keluar. ungkit-ungkit zaman kanak-kanak la yang paling seronok. antara perbualan kitorang ialah:
yey! tengah khusyuk makan mcflurry..hehe


asharp: ain, cuba ko ingat balik kasut apa yang paling cool budak-budak pakai masa kita kecik-kecik dulu?
aku: urm, kasut roda.. kan wan belikan kita sorang satu kasut roda. 
asharp: bukan yang tu...kasut yang paling cool budak-budak pakai masa kita kecik-kecik dulu ialah kasut lampu. time tu kau rasa kaulah yang paling bergaya bila pakai kasut ada lampu. HAHA

seronok betul. aku suka zaman kanak-kanak aku. zaman nakal.

lepas dah habis borak-borak dengan kazen, at first kitorang nak balik je. tapi bila start kereta je, ada pulak lagu sedap kat radio. terus kitorang plan nak pergi karaoke sebab dah lama tak pergi karok. bilik yang murah dah full.. tinggal bilik mahal je. kitorang pun go on je la...nak menyanyi punya pasal. HAHA.

kau tengok kakak baju putih sedang khusyuk cari lagu nak nyanyi. haha

aku tak ingat aku duet lagu pe ni dengan kazen aku.

dalam pukul 1.45 pagi baru lah kami balik. dalam kereta tu pun kitorang pasang radio kuat-kuat. aku tak mau la balik lambat sangat sebab takut mak aku marah. hehe..

walaupun hang out kejap je tapi aku rase seronok sangat dapat spend time dengan kazen-kazen aku..love you guys!

No comments: