SEJARAH KETUA DAN PENOLONG KETUA KULIAH

hi semua!

malam ni aku ada mood sedikit nak menulis entri..entri aku kali ni pasal tampuk pimpinan ketua dan penolong ketua kuliah kelas aku. jom tengok!

nuar dan hani

 masa aku PPISMP sem 1, mereka dua ni la ketua dan penolong ketua kuliah kelas aku.. masa sem 1 aku pemalas gila nak pergi kelas. asal rasa malas nak pergi je, aku tak nak pergi kelas. ala, ikut suka hati mak nenek kau.. cmtu la aku. haha.. tapi masa dorang jadi ketua dan penolong ketua kuliah, aku tak berapa amik tahu sangat pun pasal dorang sebab tak kenal dan tak rapat lagi dengan dorang. haha


bila naik semester 2, faiz dan kein yang ambil alih tampuk pimpinan kelas aku.. masa pemerintahan dorang, urm, attendance tak de hal sebab kami mengamalkan sistem kalau lec tak tanya maksdnya lepas la attendance.. lagipun kalo skema sangat pening nak buat analisis kedatangan  tiap hujung bulan. haha.. mereka dua ni kombinasi yang agak cocok jugak la sebab kein ni jenis tegas bila tegas dan faiz ni jenis relax je. haha..


bila naik semester 3 pula, fazlin dan iera yang amik jawatan faiz dan kein. mereka ni pun okay jgak. tak de masalah.. lancar je attendance kelas.. dorang ni pasangan suara artis.. padan la tu. haha..


okay, yang tu korang nampak kan muka aku? haha.. masa naik semester 1 degree, aku digandingkan dengan juwe untuk jadi ketua dan penolong ketua kuliah.. serius masa dorang lantik juwe jadi ketua, aku dah mula fikir nanti mesti aku yang kena wat kerja sorang-sorang. tapi meleset sikit jela tanggapan aku sebab juwe ni sebenarnya bagus. nak tau sebab pe aku cakap bagus? sebab kalau dia betul-betul komited dengan tugas dia, dia mmg akan buat betul-betul. lagi satu, dia pandai menipu. jadi, kalo benda-benda yang memerlukan penipuan, aku akan suruh dia je sebab kalau aku menipu, memang obvious aku menipu.. kiranya aku ni tak berapa reti menipu.


semester 2 sekarang, ketua dan penolong ketua kuliah diserahkan kepada rahimi dan mawa... wow! menurun jawatan kat roomate aku. haha.. setakat ni, semuanya okay.. tapi aku rasa semester ni lec dia macam leceh-leceh... semoga berjaya dan tak pening kepala! hehe...dorang ni gabungan yang baik jgak kot sbb mawa jenis yang teratur dan rahimi pula seorang yang senang bekerjasama...


kami dah lantik ketua dan penolong untuk semester 3 dan 4... tahun depan gabungan hafiz dan syaza akan handle kelas... so, kita tggu dan lihat je kelancaran gabungan dorang handle kelas... ada jgak yang cakap dorang ni pun gabungan yang baik sebab syaza ni seorang yang lemah lembut sangat... hafiz ni lak jenis yang cepat bising.. so, kita tunggu dan lihat je tahun depan.. haha

untuk semester 4 pula, gabungan abe we dan wani.... wani seorang yang garang dan abe we seorang yang urm....ntahla...jenis panik kot?! haha.. kita tunggu dan lihat je..hehe

untuk mantan ketua dan penolong ketua kuliah :::: kita dah lepas.. dah boleh rehat. haha
untuk bakal ketua dan penolong ketua kuliah ::: selamat jalankan tugas... haha