KISAH RM10

hai semua! assalamualaikum..

dah lama aku senyapkan diri. aku tak ada cerita menarik nak tulis kat blog ni. jadi, aku diamkan diri. tambahan pula, masa cuti aku rasa nak bercuti sepuas-puasnya. hehe

jadi, sekarang aku dah masuk semester 2.. tahun depan dah semester 3 dan 4.. cepat je masa berlalu. semester ni baru je 3 hari bermula. okay, aku nak cerita ni, tadi aku ada kelas subjek sukatan pelajaran bahasa melayu sekolah rendah. kami sebenarnya kena suruh hafal falsafah pendidikan kebangsaan isnin lepas lagi. tapi aku ni tak ingat yang kena hafal FPK tu. so, pagi-pagi tadi la yang aku duk cuak menghafal FPK ni sebab kena hafal kat depan kelas. at last, aku pun dah dapat hafal la ni..

tiba lah masa kelas subjek tu..lecturer aku suruh seorang ke depan untuk baca FPK yang kami hafal tu. semua tak berani keluar. entah makhluk yang sebut nama aku. kalau tak silap aku, JUWE yang sebut nama aku. aku dah cuak gila. tapi aku keluar je la ke depan. ingat tak ingat aku bantai je la. lecturer aku cakap siapa yang keluar ke depan dapat RM10. haha. aku sanggup keluar bukan sebab dapat duit pun. haha. tapi kalau dia dah nak bagi, bagus juga. boleh aku buat beli makanan. haha

aku pun baca la apa yang aku ingat

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

putus nafas hafal FPK yang beberapa noktah je tu. haha. at last aku berjaya juga. tapi tak dapat RM10 lagi sebab lec aku tak ada duit pecah. aku intai dalam wallet dia tadi ada RM50..dalam hati aku bagus jgak kalau dia bagi RM50 je terus. hahaha..aku dapat 10Rupees.. 



10Rupees = RM1...

hebatkan? aku punya cuak kat depan dapat 10Rupee je. haha