SETAHUN DAH BERLALU

hi semua! 

entri kali ni aku nak cerita pasal SETAHUN.. 23 Jun 2011, khamis lalu genaplah arwah atuk aku meninggalkan dunia ni. rasa macam sekejap. walaupun setahun dah berlalu tapi aku masih rindukan arwah atuk. semenjak arwah atuk tak de, banyak yang berubah dan yang paling ketara ialah bila tiba hari raya. kalau selalu, aku dengan kazen aku akan salam atuk dengan tersengih-sengih dengar nasihat atuk dan dapat duit raya, kali ni, tak akan dapat lagi. walaupun atuk aku seorang yang garang, tapi kadang-kadang kelakar jugak. apa-apa pun aku rindukan atuk.

khamis lepas aku balik seremban dan terpaksa 'escape' kelas hari jumaat. lagipun mak aku dari sabah balik untuk kenduri ni. papa dan adik aku tak balik. abang aku pun balik seremban jugak dan dialah yang jemput aku kat maktab. kenduri ni diadakan di rumah anak-anak yatim kat ampangan. dekat kawasan rumah atuk jugak. rupanya rombongan jabatan al-quran dan sunnah maktab aku pernah ke rumah anak yatim tu.

aku dengan kazen aku imbas kembali kenangan setahun lalu.. 23 Jun 2010.. aku ingat lagi, pukul 2 petang.. aku dengan kazen aku, asharp pergi kedai untuk beli limau kasturi. semua orang dalam kesedihan. liang air mata pada hari tu seakan-akan bocor. semua kenangan setahun lalu masih segar dalam ingatan aku.

keesokan harinya, aku, mak aku dan dua orang makcik aku pergi ke rembau untuk melawat kubur atuk aku.

bila-bila aku teringat arwah atuk, aku mesti akan sedekahkan dia al-fatihah..semoga rohnya tenang di sana..amin..

::aku berharap dan sentiasa berdoa agar ikatan kekeluargaan kami akan kuat selalu ::