AKU KUAT MAKAN SEKARANG!

hi semua..

tengok, aku sedang melantak mcd.. haha.

dah lama agaknya aku tak menulis entri kat blog ni kan? cuti 3 minggu, 3 minggu jugak la aku cuti berblogging. hehe. seronok lak cuti ni. aku spend time dengan keluarga. minggu depan dah nak mula kelas dah. =(

okay, korang sihat ke? aku kat sini bertambah-tambah sihat. selera makan aku bertambah. alhamdulillah. aku suka sangat bila aku makan banyak. nak tau kenapa?

haritu aku ikut mak aku jalan-jalan kat tamu tuaran. then mak aku ni pergi la beli jamu. untuk kesihatan la. aku tengok-tengok je pe yang mak aku beli tu. then datang la seorang perempuan muda bertanya kat makcik jual jamu tu mana pil penambah selera makan. aku pun terus tengok makcik jual jamu tu. berminat pulak nak makan pil penambah selera. bagi aku, kalau selera makan aku bertambah, mesti berat badan aku meningkat. so, aku pun nak cuba la makan pil tu.

hari pertama aku makan, memang on the spot selera makan aku bertambah. makan berterusan. dalam kepala otak aku ni asyik fikir pasal makanan je. dan satu lagi, aku tak pernah rasa lapar.. sekarang, pil penambah selera makan tu aku dah makan 4 hari dah. memang berkesan. adik aku pun macam tak percaya aku asyik mengunyah je.

korang bayangkan, aku sebelum ni akan makan bila aku rasa lapar je. selagi tak lapar, aku tak nak makan apa-apa. sekarang ni, ada je yang aku nak makan. contohnya macam semalam, aku makan nasi, lepas tu aku makan jagung, makan epal, makan tart, makan kek coklat, makan megi dua bungkus dan banyak la. haha.


harini aku makan nasi dua pinggan dua kali masa siang tadi, lepas tu aku makan 4 potong kek seorang, makan jagung, makan buah limau bali, makan ayam 6 ketul. malam karang tak tahu la apa yang aku nak lantakkan lagi. hahaha..

apa-apa pun, aku harap berat badan aku meningkat dan aku nampak berisi sikit. hehe.. nikmatnya dapat makan..alhamdulillah..=)

No comments: