KAN DAH KENA!

hai.

dah lama rasanya tak menulis entri baru. awal semester memang aku macamni. tak ada aktiviti yang dibuat. biasalah. tak ada duit memang macamni. cuba kalau dapat RM4200 konfem panjang akal dan langkah aku. entah-entah sampai ke pahang? eh, kenapa pahang? hahahaha.

walaupun jadual semester ni padat tapi aku rasa makin lama aku kat maktab, makin jadi beruang aku ni. ada la seseorang ni panggil aku beruang sebab kuat tido. =_=". mungkin sebab kuat tido ni la aku tak dapat 3.9 haritu kan?

baiklah, rabu lepas, kami diwajibkan untuk pakai baju uniform pbsm. aku tak suka sangat baju uniform aku sebab dia berwarna putih dan bila aku nak lentok kat meja atau tunduk untuk ambik benda yang jatuh kat lantai, aku terpaksa berhati-hati dengan mata yang memandang. bahaya wei. nanti orang nampak underwear. terpaksa pakai seluar pendek kat dalam seluar. haha.

kalau nak beli makanan la yang paling risau. kat situ la ada kari, ada tomyam, ada masak pedas, masak kicap. kalau lauk-lauk bahaya tu terkena baju uniform, aku terpaksa menyental sepenuh jiwa untuk hilangkan kotoran tersebut. dan uniform ni aku tak basuh guna mesin. guna tangan tau u ollsssss... kau tengok betapa kisahnya aku dengan baju uniform aku yang berwarna putih suci ini.

kembali kepada cerita. rabu tu aku pakai la baju uniform dan berkasut BLINK BLINK. biasalah perempuan. masa tengah tunggu makmal teknologi bukak, aku kena tegur dengan lecturer sebab pakai kasut blink blink. malu i tau! haha

seronok sangat duk gelak. kan dah kena tegur dengan lec pasal kasut blink blink. hehehe

" kamu tu... tak boleh pakai kasut macamtu. petang ni saya tak mau tengok awak pakai kasut tu lagi. kasut tu nak pakai kat mekah boleh la,"

apsal kaitan dengan mekah pulak? pagi-pagi dah bising. aku sengih-sengih sebab kena marah depan kawan-kawan. hahaha. tapi nak buat cmana. tu je kasut yang paling buruk aku ada dan kasut flat yang aku ada. yang lain semua kasut berwarna-warni dan ada tumit. aku dah runsing dah kasut apa la yang aku nak pakai minggu depan ni. haishhhhh!

nasib petang tu pakai tshirt. kalau tak, mesti kena tegur lagi dengan lecturer tu. fuhhhh..

petang tu, kami berkumpul kat tapak BIG untuk buat gajet dan pioneering. benda-benda ni penting untuk kami buat masa camping bulan september nanti. sepanjang buat gajet tu, aku tolong tengok je ahli-ahli yang buat gajet. tak reti la nak buat ikatan yang bermacam-macam tu. yang aku tau ikat mati je. sambil-sambil tu borak dengan kawan. kelakar sungguh kawan aku tu. perasan nak jadi perempuan. hehe

geng buat rak kasut. aku geng buat tiang bendera
aku tumpang bergambar walaupun aku cuma jadi pemerhati. hehe
dalam pukul 5 petang kami balik. penat. dah la naik turun bukit. haish! sampai bilik terus terlentang. bersih-bersihkan diri dan berehat sampai terlepas untuk pergi tahlil dan usrah malam tu.

bui bui! :)