GEWE, WHERE ARE YOU?

hai.

sebelum apa-apa, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua muslim. tak lama lagi nak raya. kedai-kedai pun dah sibuk jual-jual baju raya yang mahal gile nak mamp*s. telan air liur je la nak beli baju yang berharga RM300. walaupun kau warna turquoise, tapi aku berkira-kira jugak nak keluar 6 keping not RM50 yang akhirnya diberi baki RM1. adoi, tak berbaloi langsung! huh!

beberapa hari yang lepas, seorang pakcik aku chat dengan aku untuk wish puasa. aku jarang bukak chatbox sebab malas nak chat dengan orang. tak cukup tangan nanti. so, baik offline kan aje chatbox tu. 

kadang-kadang orang yang aku tak kenal chat aku sebab dia cakap dia bosan.puih! aku pantang betul kalau orang chat aku n dia cakap dia bosan. apa dia ingat aku muka kaunter untuk hilangkan bosan dia? tak ada masa okay! haha. lepas tu, tacing lalu remove aku daripada friend. ouh, i tak kesah pun la you. asalkan you bahagia. kahkahkah.

ouh, kembali kepada chat aku dengan pakcik aku. aku setahun sekali je balik kelantan. jadi, kadang-kadang aku tak sempat pun jumpe pakcik- makcik aku kat sane. kazen-kazen pun jarang. so, tanya-tanya khabar je la melalui fb.

nak dijadikan cerita, pakcik aku tanya bila aku nak habis belajar n jadi cikgu. baiklah, dalam tahun 2014 tamatlah aku belajar sebagai seorang guru pelatih dan akan mula bekerja sebagai seorang guru yang comel dan berkaliber pada tahun 2015 insyaallah.

so, pakcik aku tanya macam-macam. contohnya nak posting kat mana nanti. pastu dia nasihat suruh jadi cikgu yang bertanggungjawab dan sebagainya dan TAK AKAN TINGGAL TANYA PASAL BOIPRENGGGG. hadoi.hadoi.hadoi.


you see. you see. pakcik aku suruh posting yang dekat-dekat dengan suami. turut suami katanya. hehe. dan dia jugak tidak percaya ore comel ni tak dok gewe. ho la, tak dok gewe la ni pokcik.. terasa nak ber'gewe' jugak tapi tak nak ber'gewe' lama-lama. nanti tak jadi. aku nak ber'gewe' setahun lalu bkawin sampai aku mati. woha!

insyaallah..tak lama lagi aku ada gewe. tapi tak tau la bila gewe tu akan datang. hahaha. mungkin bila dah umo 23 atau 24 tahun kot. kena cari yang terbaik dan masuk dengan jiwa raga aku. hahaha.

oh, cerita pasal gewe gewe ni, aku ucapkan selamat pengantin baru kepada dua orang sahabat sekolah aku yang dah mendirikan rumah tangga bulan ni. wah2, dah selamat jadi isteri orang dah. alhamdulillah. semoga berbahagia selalu. tumpang gembira dan bahagia untuk kawan-kawan. hehe

aimie. sebaya aku. kawan masa kat mrsm dlu.
nurul. sebaya dengan aku jugak. kawan sekolah agama dlu. bestnya dia dah boleh men jeling-jeling dengan suami dia. boleh pandang-pandang, boleh pegang-pegang. duduk rapat-rapat nanti bertambah sayang. (lagu yg dah diubah). haha
okay, aku tunggu turn untuk 2,3 tahun akan datang. aminn.. hahaha

p/s : Bercinta dengan dia yang PENYAYANG, peluang besar untuk anda juga akan selalu disayangi! - Adakah dia sukakan kanak-kanak dan geram tengok baby yang cute-cute? Tutur bahasanya juga lembut tiada pernah meninggi, memahami lagi pandai memujuk ? Pasti dia seorang yang sweet, pengasih dan penyayang, PIKAT DIA! dikutip daripada fb. tak reti nak pikat la pulak. kuno sungguh aku. =_=" hahaha

bui bui!:)

No comments: