RUNNING MAN MISSION ; AIR SOYA & 40 BIJI PUFF PASTRY SEBELUM HI-TEA TIME

hai.

harini adalah hari yang paling seronok sebab mak kita dah balik. kita dah jumpa mak kita la. poyo pulak nak guna 'kita kita'. haha.

so, harini aku, amim (adik) dan acap ada tugasan. kira macam mission yang perlu disiapkan dalam running man tu la. kami diminta untuk buat air soya dan buat 40 biji puff pastry untuk hi-tea hari ni.

dengan berbekalkan RM80, kami pergi beli barang-barang yang diperlukan untuk buat puff pastry. 600g chicken steak, fresh mushroom, 4 bungkus untuk kulit puff pastry, dan mayonis. kami diberi masa untuk pergi beli barang. sebab puff tu kena siap sebelum hi-tea time.

sebelum tu, kami singgah Mastura Cake House untuk beli puff pastry. tapi ada dua je puff pastry.

 so, kami ni bajet running man la. lari-lari dengan troli  dalam giant pergi cari barang. haha. nak tergelak pun ada.  seronok sangat rasa.

beli cheese tart. nyum2...
disebabkan mushroom dah habis kat giant, kami terpaksa pergi tesco. masa kat tesco, aku ternampak buah peach. aku pujuk la amim belikan sebijik peach untuk aku. adik aku cakap okay. pergi timbang dan harga peach sebijik adalah RM6.90. mak aih! mahal gila. terus tak jadi aku beli. tapi kempunan gila tak dapat makan peach. haha.

memang tak ada kerja. kat peti sayur pun sempat lagi amik gmba. hampeh! haha
sedang pilih mushrooms
then, ktorang bergegas balik rumah. acap dengan amim buat puff pastry dan aku buat air soya. soya kena rendam semalaman dulu. then, kena tukar air rendaman soya esok pagi tu. basuh soya. blend. perah soya supaya hampas dia tak masuk sekali. masak air soya. masak air gula. dan air soya ain dah siap!
ini ialah soya.

then aku tolong acap dengan amim buat puff pastry. tolong letak inti dan bakar dalam oven. dan akhirnya siap jgk! siap tepat-tepat hi-tea time. semua makan banyak. aku adalah salah seorang daripadanya. hehe.

ni ialah puff pastry yang aku buat berbentuk love. hehe
sedang dibakar..bau dia memang umppphh
tadaaaa! dah siap. sedap! ouh, background buruk betul. tudung saji lagi tu.
 malamnya tu pulak, keluar lepak dengan kazen kat Siang Malam. borak-borak dengan kazen. best!


 p/s: harini aku dah berjaya jailbreak ipad dengan iphone sendiri. yey! dah tak payah mintak tolong orang.  weeee ◕‿◕

bui bui! :)

No comments: