BUKU ADALAH KEKASIH SEJATI SEMASA BERADA DI HOSPITAL

hai.

sepanjang study week, aku balik seremban. ingat aku balik untuk enjoy ke? nak kan pulak study week. aku balik seremban hampir seminggu sebab makcik aku buat operation. dan aku sangat risau. aku balik seremban hari rabu sampai la ahad. aku paper pertama hari isnin dan lepas exam tu aku balik semula ke seremban.

hari pembedahan tu, aku sampai makcik aku tengah operate. masuk dewan bedah dari 11 pagi sampai la 11 malam. lepas dah siap bedah, sorang demi sorang boleh masuk dewan bedah tengok makcik aku dalam bilik pemulihan. masa tu aku tengok, aku rasa sedih sangat. entah la kenapa. tak boleh tengok famili aku dalam keadaan macam tu. aku rasa sebak dan sedih. dan aku bersyukur kepada Allah sebab Allah hantarkan seseorang untuk hilangkan kerisauan aku. thank u, awak yang bermuka :3

malam tu aku rasa penat sangat. makcik aku masuk wad dalam pukul 12 tengah malam. actually malam tu aku kena stay kat hospital tp disebabkan nanti bila makcik aku tu terjaga dan dia tengok keadaan dia macam tu dengan stoma bag, mesti dia tak dapat terima dan akan menangis. so, malam tu makcu aku yang jaga dulu. bagi psiko sikit.

aku ingat kan aku yang kena jaga. aku punya kemain semangat pergi minum nescafe. lepas tahu bukan aku yang stay, sengsara wei nak lelap. haha.

then next day aku yang jaga makcik aku. ni la pertama kali aku jaga orang sakit kat hospital dan aku sememangnya tak pandai sangat jaga sebab tak ada pengalaman kan. but then, lepas ni kalau ada orang sakit aku tahu dah la cne nak jaga.

aku lap-lap badan dia. letak bedak. sikat rambut. lap muka. bagi minum air. urut-urut kaki dan bahu. macam-macam la. dan malam-malam aku tido tak lena. sebab yela. mana tau makcik aku perlukan apa-apa ke. nak minum air ke, nak muntah ke, rasa sakit ke. dan bila makcik aku bergerak sikit, mesti aku akan terjaga.
disebabkan nak exam, buku terpaksa menjadi kekasih sejati
pukul 6 pagi aku kena bangun untuk bagi makcik aku makan ubat dan lap-lap badan dia dengan air sabun. sikat-sikat rambut. masa tu aku ingat lagi, pukul 7 pagi aku tengah tido kat kerusi. then, sekumpulan doktor datang. dah la masa tu aku tengah berselubung masa tido. aku terdengar bunyi bising. bukak je selimut, ramai gila doktor kerumun katil makcik aku. terkejut dan termalu sendiri pulak aku. haha.

bersama kekasih sejati.
ada satu part masa tu makcik aku menangis sebab dia tak ada selera makan. masa tu, air mata aku bergenang dan rase nak ikut nangis je. masa tu Allah je tahu camana perasaan aku. aku lelap mata untuk elak air mata keluar. aku tak nak tengok makcik aku menangis. sensitif jugak ye aku ni. hehe.


disebabkan ahad mak aku nak balik semenanjung dan makcik aku keluar hospital, aku bersama dua orang kazen aku dan adik aku pergi beli barang-barang kat tesco. 

"mir, ko masak ye malam ni? nak masak pe eh?acap dengan syamim buat kek,"

pandai je kan aku suruh-suruh dorang. haha

"ain, kau basuh pinggan,"

tu je yang aku terer buat. haha

dorang nak buat kek red velvet. aku sangat bertuah sebab orang sekeliling aku pandai masak. haha. acap pandai buat kek n masak western food, zamir pandai masak masakan melayu, adik aku pandai buat kek dan memasak dan aku pandai makan! yeah!

esoknya tu papa dengan zamir buat tomyam. ouh, kenapa dorang semua terer masak ni?

makcik aku sampai rumah. seronok sangat. tapi dia tak baik sepenuhnya lagi dan aku berharap agar semangat dia pulih seperti dulu. aminnn...

bui bui! :)

No comments: