REVIEW EXAM. HOPEFULLY EVERYTHING IS GONNA BE FINE :)

hai.

cuti sekolah dah bermula. cuti untuk bakal-bakal guru juga sudah bermula. seronok! disebabkan paper aku habis hari khamis, aku berhajat nak balik hari jumaat. yela, nak rehat-rehat dan kemas-kemas barang. actually aku dah ada tiket untuk balik sabah khamis tu dan flight aku pukul 10 malam. tapi disebabkan mak aku balik seremban cuti ni, terpaksa la biarkan tiket itu 'burn'. kasihan sungguh tiket tersebut. :P haha.

aku nak review exam aku. semester ni aku amik 5 papers.
aku dengan rumet masa exam week sangat tekun. pergi meeting block pun masih boleh bawa nota. haha
paper pertama subjek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. overall aku rasa paper ni medium. aku boleh jawab dan tak ada runsing-runsing lepas jawab.

paper kedua pulak ialah subjek Pentaksiran Pendidikan Pemulihan.sebelum duduk  paper ni aku agak risau dan neves sangat. mungkin sebab preparation tak berapa cukup. yela, aku kena jaga makcik aku yang baru operation. bila dah jawab exam, aku tak risau dan runsing-runsing lagi. sangat senang hati.

paper ketiga pulak subjek Pendidikan Disleksia. ouh, bila asyik menghadap subjek Disleksia, aku rasa aku pun dah jadi pelajar disleksia.

ada satu kejadian..masa tu aku tengah blaja subjek disleksia. then seorang kawan masuk bilik. kat baju yang dia pakai tu ada tertulis "DIESEL", bila aku pandang dia, aku nampak tulisan kat baju tu "DISLEKSIA". aku toleh dua kali baru nampak perkataan "DIESEL". masa tu aku rasa macam dah tak betul dah. haha.

masa exam disleksia pun aku banyak buat kesalahan masa menulis. macam comot gila kertas exam aku. perkataan 'SETERUSNYA' aku pergi eja 'SETERUNYA'. nampaknya aku banyak membuat pengguguran huruf semasa menulis. 

paper disleksia boleh tahan la. boleh jawab dan aku tak runsing-runsing masa jawab.

dua paper terakhir aku sangat risau. subjek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Kurikulum Matematik di Malaysia. OHMAI! walaupun aku boleh jawab tapi aku runsing sangat. takut aku mengarut je dalam kertas exam.

hopefully, result semester ni akan meningkat. kita dah berusaha dan sekarang kita hanya berdoa dan bertawakal. :)

No comments: