PINDAH RUMAH

hi semua..

aku rasa tak sabar nak balik Sabah. dengan masalah dalaman yang aku hadapi, aku nak sangat rasa pergi bercuti ataupun jumpa orang yang boleh gembirakan aku dan buat hati aku berbunga-bunga. kalau boleh, aku nak pergi jauh. kalau dapat tukar maktab secara suka hati mak bapak aku memang dah lama aku mintak tukar pergi maktab kent yang 5 minit dari rumah aku. menyesal. memang menyesal.

aku tak sabar la nak tunggu hujung tahun dan balik ke Sabah. aku nak tengok rumah baru. aku nak tengok bilik aku. nak hias bilik. tapi sebelum balik sabah aku nak singgah midvalley dan beli lava lamp. aku suka la lampu tu. unik lak aku rasa. aku suka lava lamp tu sejak main game The Sims. hehe.


haritu adik, mak, papa dan abang aku bertungkus lumus mengemas barang-barang yang banyak sangat kat rumah kudat. yela, nak angkut barang sekali je. dari Kudat ke Tuaran mengambil masa 2 jam 30 minit. bukan pindah sebelah rumah. pindah daerah. untung la aku ada kat maktab waktu tu. kalau tak naik serabut aku nak mengemas. haha (nampak sangat pemalas. haha)


jom layan gambar..

bilik babang
katil dan kerusi dalam bilik kepunyaan tuan rumah


bilik saya dan amim


ruang tamu


banyak kan barang setelah 11 tahun tinggal d rumah ni









semua barang. ni pun dah kurangkan sebab barang-barang lain dah sedekah kat orang miskin

dah sampai rumah baru.
banyak kan barang? mak aku dah sedekahkan semua barang yang tak pakai seperti baju, seluar, baju kurung, alat tulis yang tak guna, buku-buku,kereta control aku, kasut kat orang yang susah. semua barang tu masih elok dan boleh pakai lagi. baju branded lagi. aku baru je berhajat nak buat preloved untuk baju-baju yang tak guna tu. untung la orang tu. mak aku bawa semua barang tu pergi sekolah dia. habis berebut dorang amik barang-barang ni. gembira sangat dapat tolong orang susah. 

aku pun kalau kat asrama, kalau aku tak nak barang-barang aku, aku buang tapi aku asingkan. aku tak campur dengan sampah basah. kalau aku nak buang beg, baju dan kasut aku, aku letak dalam satu plastik besar dan letak kat tempat yang bersih. nanti ada la tu cleaner yang ambik. kalau dia nak, ambik je la. tak sudah. boleh buang.

pengajaran:: kita haruslah sentiasa bersyukur sebab masih dapat hidup senang sedangkan orang lain nak makan pun susah.

bila barang setengah barang dah angkat naik lori, ada unexpected things berlaku. tiles dari ruang tamu sampai dapur tiba-tiba meletup. tak tau kenapa. mungkin tekanan kot.  ntah-ntah rumah tu sedih kami nak pindah lalu tunjuk protes. hehehe.
wah...rumah protes!






okay, sampai sini je nak cerita. bui bui

2 comments:

EB said...

Sangatla bnyk brng² itu..
Apa pn selamat berpindah..
Tiles tu pecah sbb tekanan berat yg sama rata dulu tu da xda.. bila beban da xda pecahla.. huuu..

Tp ada amplang la.. eb nmpk kat meja.. hehehe...

Mi$s NiCkeL=? said...

hehe..amplang cpt je Eb nmpk. hehe..

dah selamat berpindah..terima kasih