AKHIRNYA AKU DAPAT MAKAN KAU! TAPI KENAPA KAU TAK SEDAP?

HAI!
aku sebenarnya tengah stress pasal kerja-kerja kursus sebenarnya ni. aku baru je habis siapakan kerja kursus mengenai Literasi Bahasa Melayu. esok nak hantar tapi aku tak buat lagi BBB. adoi. nampaknya malam ni kena bersenam lebih ni. haha.

sekarang aku nak cerita pasal benda yang aku makan. pernah dengar nama MACAROON? mesti pernah kan? kalau tak pernah sila jumpa encik Google. dia boleh tolong.

haritu kan aku dengan makcik-makcik dan mak aku pergi jalan-jalan kat Terminal 1. actually kami baru pulang dari majlis perkahwinan sedara kat Dewan MPS. jadi, dengan berpakaian baju kurung bagai mak datin gitu, kami pergi la bergasak kat terminal 1. tak adalah ramai sangat mungkin sebab orang masih dalam mood raya. bagus jugak. kami nak pergi Nagoya sebab mak nak beli kain untuk buat alas meja ala-ala english country gitu. 
korang boleh la spot mak-mak datin.. opss..aku belum jadi mak lagi. haha
tengah aku jalan-jalan tu, aku tiba-tiba berhenti tiba-tiba sebab nampak satu benda yang berwarna-warni. WAAAAA! IT'S MACAROONS!  dah lama aku nak makan benda ni. tengah dalam internet sedap je macaroons ni. RM 6.. mahal kot! tapi sebab perasaan nak makan membuak-buak sangat, aku pun beli la jugak memandangkan duit raya masih ada RM400. hahaha. setakat RM 6 pejam mata je nak bayar. haha.

dipendekkan cerita, dah sampai rumah aku terus hidang macaroons tu atas pinggan yang paling cantik sekali kat rumah tu dan ambik gambar. haha. aku pun ngap! adik aku pun suka juga makan macaroons ni. aku ngap macaroons yang warna comel-comel dulu. warna pertama aku pilih ialah warna turquoise. haha. lepas tu pink, hijau, ungu, kuning dan aku pun tak ingat aku makan berapa banyak dah macaroons tu. 


tapi kan..macaroons ni macam tak berapa elok la sebab terlalu tersangat manisssssssss....ibarat makan gula hidup-hidup tau! tapi sebab warna dia lawa, aku makan jela dengan harapan jangan aku kena kencing manis dah tua nanti sudah. nauzubillah. 

setiap warna tu ada perisa dia yang tersendiri. contohnya kalau warna ungu, dia rasa lavende. kuning pulak rasa lemon. macam tu la.. sedap tu sedap la jugak tapi kena kurang-kurangkan lah makan makanan tu.

siapa-siapa rasa nak macaroons boleh la ke Godiva Pavillion. sediakan duit raya banyak-banyak.

tu sahaja untuk sekarang. bui bui.