QUICK UPDATE


okay, harini, esok dan lusa aku nak jauhkan diri aku daripada katil dan komputer riba aku. sebab apa??

sebab...kalau aku pura-pura belajar atas katil, akhirnya aku akan tewas dengan bantal gemok dan selimut meau-meau aku. jadi, aku akan tido. masa tido lagi panjang daripada masa belajar. tak guna betul!

sebab aku perlu jauhkan diri aku daripada komputer riba pula ialah, aku tiba-tiba akan jadi rajin untuk google benda-benda yang sebelum ni aku malas nak cari tapi tiba-tiba jadi rajin bila nak dekat exam ni. contohnya macam semalam, aku baru nak mula belajar. tiba-tiba datang mood nak google pasal cara-cara nak buat cupcakes dan tiba-tiba jadi berkobar-kobar nak pergi kelas buat cupacakes. padahal sebelum ni xde pun aku kisah pasal nak buat cupcakes ke apa. syaiton betol! dan untuk sementara waktu ni, aku telah deactivated facebook aku untuk mengelakkan aku menjadi ketagih facebook dan jadi malas belajar.


kan bagus kalo aku genius macam Baek Seung Jo dalam playful kiss ni..tak payah la aku belajar. heheh

sekarang, aku akan duduk belajar dan tinggalkan korang sementara waktu dulu ok? doakan aku tau! sayang korang ketat-ketat. hehe.

:::jadual exam :::

19/5 -> Falsafah dan Pendidikan di Malaysia
23/5 -> Perkembangan Kanak-Kanak
24/5 -> Pengenalan kepada Pendidikan Pemulihan
25/5 -> Pengenalan kepada Masalah Bahasa & Komunikasi

*good luck semua kawan-kawan sekelas! (。◕‿◕。)

No comments: