MANDARIN ORIENTAL KUALA LUMPUR

Assalamualaikum. hi!

last time, masa H datang KL untuk exam kami dinner kat Mandarin Oriental KL. haha! aku dah inform mak plan aku ni. patutnya aku pergi hotel tu dengan Farah tapi memandangkan Farah tengah exam, tak dapat la Farah tidur hotel dengan aku. 

H exam dekat sekitar KL (dah lupa tempat exam dia). so, dalam pukul 11pagi macam tu aku ke Hotel Mandarin Oriental. seorang diri. T.T lunch pun sorang. kalaulahhhh ada Farahhhh...mesti seronok. haish!

aku seharian tu stay kat hotel je. ada la jugak jalan-jalan kejap kat KLCC tapi disebabkan aku ni tak berapa nak sihat sebenarnya, aku tidur kat hotel je. jacuzzi kat hotel tu pun aku tak pandang kot masa tengah sakit. sekarang ni kalau ingat balik, rasa menyesal sebab tak mandi jacuzzi. haha. dalam petang-petang camtu baru aku bangun. nak bersiap untuk dinner.

walaupun aku tak berapa sihat, bila bangun dari tidur, bukak tingkap nampak KLCC, terus rasa seronok. tenang. cantik betul. bilik aku menghadap KLCC dan tingkat 13. so, mmg cun betul pemandangan dia.

H habis exam terus jumpa aku kat lobby. kami jalan-jalan KLCC kejap. dan terus dinner. H bagi pilihan nak dinner indoor ke outdoor. well, kami pergi tengok dua-dua tempat yang dia suggest. 


kalau dinner outdoor, dekat kawasan swimming pool dan bertemankan lampu-lampu yang romantik. tapi sedikit panas sebab ada grilling.

outdoor
kalau dinner indoor, ada orang main piano, gitar dan saxophone. pemandangan dia hanya dalam hotel. pandang sofa-sofa besar je la.

indoor. muka harus kerek sikit sebab sakit kannn. haha!
so, aku pilih untuk dinner indoor je disebabkan aku kan tak berapa sihat. kang kalau berpanas, tambah sakit pulak aku.  hehe


banyak-banyak makanan dalam menu, aku pilih kuey teow je sebab paling sikit portion dia. tak berapa selera nak makan. then, order aiskrim dan pineapple juice.

sambil makan, sambil tengok orang main instruments. tenang rasa. dalam sejam makan dan borak-borak, goodbye goodbye semua dan balik tidur. kalaulahhh ada Farahh kan best. sebelum tido, selfie dengan KLCC dulu! haha

KLCC
kesian sungguh kakak tu. takde org nk tlg amik gmba dia dalam bilik. terpaksa self timer je 

apa-apa pun MO Hotel memang the best!

buibui! :)

2 comments:

ArELeEz said...

lepak / stay hotel = getaway yg best!

Mi$s NiCkeL=? said...

areleez: aah. syok kan? tp tak boleh buat selalu sebab nnti mak sy bebel sebab bil. hehe