RESEPI ROTI SARANG LEBAH

Assalamualaikum semua!

Hari ni aku nak share satu resepi Roti Sarang Lebah. Hopefully dapat membantu utk sesiapa yang teringin buat roti ni. hehe


Untuk buat DOH, anda perlukan

2 cawan tepung gandum
1/2 teas (teaspoon) instant yeast
1/4 teas garam
1/2 teas baking powder
1 tbs (tablespoon) gula pasir
1/4 cawan plain yogurt (room temperature)
1/4 cawan sunflower oil (minyak jagung pun boleh)
1/2 cawan air suam (suam suam kuku)
Almond Flakes, kuaci, pumpkin seeds, potongan cheese n ikut suka hati

  1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan sebentar. Tunggu sampai yeast tu berbuih. dalam 10 minit gitu.
  2. Dalam bekas yang berasingan, masukkan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. Kacau guna mixer pun boleh.
  3. Kemudian masukkan larutan yeast dan yogurt dalam mixer. 
  4. Basuh tangan dan uli doh guna tangan. 
  5. Masukkan minyak sikit demi sikit dalam doh. Sambil tu uli doh.
  6. Uli doh sampai elastik. Lagi lama uli lagi bagus sebab nak roti jadi gebu.
  7. Dah siap uli, letakkan doh kita tu di tempat yang panas. Contoh dalam oven (yang TAK ON lagi) atau boleh tutup guna penutup ke apa. tunggu dalam 40-60 minit sampai doh naik dan kembang.
  8. Bila dah kembang, tumbuk tumbuk doh tu utk keluarkan angin dia. 
  9. Letak minyak masak kat tangan dan bulat bulatkan doh dalam bekas yang nak masuk oven.
  10. Kemudian, letakkan doh di tempat yang panas balik. Sama macam yang kita buat masa step 7 tadi.
  11. Tunggu dalam 40-60 minit utk doh naik dan kembang.
  12. Sambil tu, ambil sebiji telur kuning dan campurkan sedikit susu cair. ni utk kita sapu atas doh. Dan panaskan oven 180-200 celcius.
  13. Lepas doh dah kembang, sapu doh dengan campuran 12 tadi. Kemudian letakkan almond flakes, pumpkin seeds, cheese, kuaci dan sebagainya.
  14. Masukkan doh dalam oven. Bakar sampai roti jadi kekuning-kuningan.
  
sebelum bakar                                              selepas bakar

*utk  10 minit pertama, guna api bawah sahaja.
*utk 5 minit terakhir, guna api atas bawah.
*kalau rasa-rasa doh tak masak lagi, teruskan bakar roti tu sampai anda yakin roti dah masak.

untuk SOS BUTTERSCOTCH pula, anda perlukan:

1/2 cawan gula perang (brown sugar)
1/2 whipping cream (susu cair pun boleh)
Secubit garam
1/2 teas vanilla essence
25g butter

*Guna api perlahan

  1. Cairkan butter. Bila dah cair, masukkan gula perang.
  2. Kacau selalu sampai gula perang cair /larut dan berbuih.
  3. Masukkan whipping cream / susu cair dan vanilla essence.
  4. Kacau sampai sebati.
* Masa sos ni panas dia memang sedikit cair. Nanti bila dah sejuk baru dia jadi pekat.

Bila yakin roti dah masak, tuang sos butterscotch atas roti.

 

Selamat mencuba!