FLORA CAFE AMPWALK

hai. Assalamualaikum.

harini ada masa rajin sikit. so, rasa nak update blog kejap. hehe. ni nak cerita peristiwa haritu sambut birthday kat FLORA CAFE AMPWALK.

siapa yang nak rasa candle light dinner, boleh la try dinner kat sini. Flora Kafe ni ada buat perkhidmatan untuk sambut birthday, anniversary dan etc. korang boleh call bos Flora Kafe dan bgtau event apa yang korang nak buat. macam aku haritu, H yang atur semua. untuk surprise kan aku. so, dia book untuk candle light dinner dan sebiji kek birthday. photographer pun ada kat kafe tu untuk ambil gambar kita. nanti gambar-gambar tu kita boleh amik dari facebook Flora Kafe. oh ye, makanan pulak korang boleh pilih nak makan masakan melayu ke atau western. semua ada. tapi kalau korang ambil masakan melayu, boleh la pesan kat dorang kurangkan pedas kalau jenis yang tak makan pedas.. hehe 



ni pemandangan masa kami pergi candle light dinner haritu. Kafe ni berubah-ubah decoration dia. ikut musim kot agaknya.

sumber: google

sumber: google
kalau siapa yang suka keadaan yang romantik, penuh bunga warna-warni, boleh la ke kafe ni. surely korang aku sukaaaaaaa gilaaa!!! macam aku! lagu yang dorang mainkan kat kafe tu untuk candle light dinner pun lagu slow slow dan lampu malap-malap gitu. siap dengan glitter bagai. memang rasa macam tak lalu makan sebab seronok dan cantik sangatttt tempat dia. 



masa dorang keluarkan birthday cake untuk aku pun dorang pasang lagu birthday sambil pelayan dia berarak ramai-ramai pergi kat meja kami. memang malu gila. 

secara keseluruhan, candle light dinner kami tu berjumlah RM200++ sebab haritu aku curi-curi tengok bil. siapa ada rezeki lebih boleh la cuba makan kat sini. tempat yang sangattttt cantik! boleh je nak datang makan biasa-biasa. tak semestinya kena candle light dinner.


ni link facebook Flora Kafe utk sesiapa yang berminat nak usha. kt situ ada disediakan no telefon utk tempahan dan lokasi tempat.

https://www.facebook.com/florakafeampwalk?fref=ts