BACKPACKING TO ALOFT KUALA LUMPUR

hai. Assalamualaikum!

dah lama agaknya menyepi. sebenarnya aku banyakkkkkkk cerita nak tulis. tapi tahu tahu jelah kan pelajar tahun akhir. macam-macam aktiviti dan program. 

baiklah, kita mulakan dengan cerita yang tak berapa nak baru. hehe

sebelum exam haritu, which is seminggu sebelum aku exam. aku dengan Farah nak pergi backpacking la konon kat sebuah hotel. duduk sehari tapi rasa macam nak pergi 3,4 hari. well actually ktorang backpacking ni sebab nak habiskan masa bersama since aku pun tak lama lagi akan habis belajar. so, why not buat kerja gila. sambil sambil tu blh la amik mood exam sikit. hihihi.


kami check in Aloft Kuala Lumpur Hotel. hotel ni cun sgt. dalam hotel ni banyak lukisan kartun (aku suka sangat!), dah la dia attached dengan Nu Sentral. so memang senang dan rasa selamat jugak la nak jalan-jalan kat mall tu. dan attached jgk dengan KL Sentral. perfect!

sumber: google
 
 

bilik dia simple dan cantik. aku suka toilet dia! tak tau kenapa. rasa best sangat shower dia. yang magic nya shower dia ni kalau kita menyanyi, dia akan turn on lagu yang kita nyanyi. so, blh la menyanyi sepuas-puasnya. haha


begini la rupa bilik tp waktu ni bilik dah bersepah dah
bilik ni katil dia double queen. so, memang sedap nak bergolek sorang satu katil. haha

i told ya. perempuan takkan lepas dari inspect semua benda dalam bilik tu. sampai ke sabun dia inspect! haha.

ouh, sambung balik deco-deco hotel tu memang cantik! moden. kemudahan untuk penginap pun memang terbaik. kami blh akses internet yang super duper laju! dah la sediakan iMac. so, kalau tengah boring tunggu si kawan bersiap kat bilik, boleh la surf internet dulu kat lobby.

sumber: google


lepas tu, kat lobby dia ni jugak ada .xbox! XBOX OKAY! sebenarnya aku tak pernah main xbox ni tapi haritu kazen aku beli xbox, tak sempat lagi nak merasa main xbox. jadi, kat hotel ni lah aku merasa main xbox. hehe. kampung sangat akak kau ni! haha.

chill dekat lobi 
view sebahagian lobi dari atas. simple dan lawa. 
masa tengah chill dekat lobby, aku terdengar cm lagu One Direction. sekali aku tengok ada budak tengah main xbox. so, aku pun apa lagi. ajak dia menari sama la dengan aku. hihihi.

ni la yang aku cakapkan tu. tgk budak ni menari haaa..
sebenarnya macam malu jugak sebab menari dekat lobby. orang duk tengok tengok tapi ada aku kesah? hohoho. 

sebelum ktorang sampai bilik, ktorang singgah nak tengok swimming pool hotel ni. swimming pool ni dekat rooftop tau. memang lawa la pemandangan malam-malam. blh nampak KL Tower lagi walaupun jauh. tapi still cun!

  

tak boleh nak swimming sgt la sebab musim hujan je. memang frust jugak la sikit-sikit. so, just relax kat bilik je. 

apa-apa pun, thanks for the memories!


good night! :)

No comments: