BISKUT LIDAH KUCING PELANGI

hai.

haritu aku scroll home facebook dan aku tengok banyak betul orang post pasal biskut lidah kucing pelangi ni. cantik lah biskut ni. warna warni. sejuk pulak mata aku pandang biskut ni. comellsssssss!!!! bila tengok biskut ni comel, aku dah tak kesah, sedap ke tak asalkan aku dapat makan. 

jadi, aku pun tanya empunya jual biskut tu boleh pos ke biskut ni sabah. tapi malangnya dia cakap tak boleh sebab biskut ni rapuh sangat. nanti kalau sampai sabah dah hancur pulak. bila tuan biskut cakap macam tu, PERAS GILA okay sebab tak dapat makan biskut comelsssss tu. 

lepas dari tu, aku pun cari resepi biskut tu. mana tau datang rajin nak buat ke sebab aku ni pemalas nak baking. rasa leceh je. tapi kan... ada inner self-motivate tau sejak ada encik tunang ni. yela, encik tunang bagi aku masa untuk explore dunia masakan tanpa sempadan sebelum kahwin! memahami betul la awak ni!. haha

at last aku jumpa jugak resepi. laaaa, senang rupanya. esoknya tu, aku terus mula buat biskut lidah kucing pelangi. nak jugak rasa hasil air tangan sendiri. HAHAHA.

ni resepi dia. senang je weiiii.. ikut resepi yang aku cari dalam internet ni, sedap pulak rasa biskut ni. memang puas hati! haha

  • 250gm butter
  • 175gm gula kastor
  • 100ml putih telur (2 biji telur)
  • 200gm tepung gandum
  • 50gm tepung jagung
  • 1/4 sudu emplex (perangup biskut)
  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex
  2. Pukul butter dan gula kastor sampai sebati.
  3. Masukkan putih telur sikit demi sikit.
  4. Lepas tu, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan emplex dalam adunan butter dan gula kastor.
  5. Bila dah sebati semua adunan, bahagikan adunan ni kepada 5 bekas.
  6. Masukkan pewarna dan masukkan adunan dalam piping tube. 
  7. Kemudian, selang- selikan warna tu ikut turutan.
  8. Bakar pada suhu 150'C selama 15-30 minit.
*Jangan lupa letak marjerin atas dulang sebelum dibakar! hehe



bagi ruang sikit antara satu biskut dengan biskut yang lain sebab nanti biskut tu mengembang bila kena bakar.

kan dah cakap biskut tu dah jadi gemok. hehe
boleh la cuba bentuk lain bila dah bosan dengan bentuk panjang-panjang tu. 
tengok hasil tangan aku. actually sebelum bake, yang kanan tu ladybird and kiri tu swirl. tapi bila lepas bake, jadi tak comel dah :(
dan.. ini entah bentuk apa abang aku buat. tak terangsang nak makan langsung! haha
biskut aku dah siap dah!
mula-mula kan, aku kira berapa keping biskut aku boleh dapat guna sukatan yang aku bagi kat atas tu tapi asalkan sorang demi sorang masuk dapur, mesti duk ngap biskut ni, aku pun tak tau dah berapa keping yang aku boleh dapat secara keseluruhannya. semua orang dalam rumah ni, suka dengan biskut yang aku buat. hehe. apa-apa pun selamat mencuba!

nanti nak kena buat lagi biskut ni. encik tunang dah request buatkan untuk dia jugak bila dia balik sabah nanti. dia nak rasa. haih! yelaaaa, nanti saya buat. satu balang saya bagi! boleh makan kat ofis nanti masa tengah meeting. hahaha

bui bui! :)

No comments: