OBSERVE YANG PERTAMA

hai. aku telah kembali untuk sambung cerita. 

sebenarnya aku kalau boleh nak tulis tiap-tiap hari entri pasal seharian aku kat sekolah tapi kan..apa boleh buat sebab aku sememangnya tak ada masa nak hadap blog ni tiap hari. balik sekolah pun dah penat. bila malam buat preparation untuk mengajar esok dan pukul 3 atau 4 pagi baru tido dan pukul 6 pagi kena bangun. macam tu lah kehidupan seharian aku. dah macam orang gila! hahahaha.

baiklah, Rabu baru-baru ni aku kena observe dengan pensyarah pembimbing. serius, aku neves sangat nak kena observe pertama kali dengan pensyarah. dah la semalam (Selasa) aku kena observe dengan guru pembimbing.  so, malam sebelum kena observe tu memang aku tido lambat la. yang buat jadi lambat tu ialah,

  1. aku edit RPH (rancangan pengajaran harian) untuk pengajaran esok supaya aktiviti macam gempak sikit la. hehe.
  2. buat senarai semak dan analisis untuk ujian diagnostik murid.
  3. buat bbb (bahan bantu belajar)
  4. buat lembaran kerja untuk murid
  5. gunting dan buat topeng ayam! 
  6. dan terakhir kemas kini fail-fail yang nak kena semak esok.
fail RPH. lanyak saje.. penat dah aku
secara keseluruhannya aku tido pukul 4 lebih. sebelum tdo, scroll dulu twitter. HAHAHAH. menyempat pulak kan.. hehe. sepanjang tido tu, mulalah mimpi pasal kena observe. well, it's normal kalau terlalu risau. hehe

esok nya tu, aku tak berselera sangat nak breakfast. breakfast pun roti je. risau wei sebab aku takut dapat markah rendah je. masuk dalam pointer kot. :( kelas aku 8.40-9.40 pagi.
ni je yang sempat aku amik
dah 8.40 pagi tapi lec tak datang-datang lagi. tapi akhirnya dia datang jugak la. lewat 5 minit. masa tu aku dah risau murid-murid aku lambat datang kelas pemulihan. haih!

OBSERVATION bermula
--------------------------------------------------------------------

harini murid aku macam terlebih hormon sikit la. nakal dia tak payah cakap. aku rasa macam nak mengamuk pun ada. tapi tahan. sabar je. ada sampai satu masa tu, aku dah bagi lembaran kerja kat murid, boleh pulak sorang murid tu merayau-rayau dalam kelas, sentuh-sentuh barang kt meja guru. aku pun keraskan suara minta dia duduk dan buat kerja. memang geram tahap gila lah! ada satu scene tu, aku tepuk meja sebab suruh murid yang nakal tu duduk diam-diam kat meja dan buat kerja. Ya Allah..masa tu memang sedih la. pastu aku dah mula rasa dapat markah rendah :(

ouh, lupa nak cerita. untuk set induksi (permulaan kelas), aku buat aktiviti menari  'chicken dance' sambil pakai topeng ayam yang aku buat. semua harus pakai topeng tu TERMASUKLAH AKU! ada sorang murid tu cakap, "eh cikgu pun jadi ayam," HAHAHA. murid sakan gila menari chicken dance ni. memang menyeronokkan.
topeng ayam ni la yang aku dan murid aku pakai. korang bayang je secara manual muka aku bertukar jadi ayam. haha
Langkah 1 untuk pengajaran aku bagi lembaran kerja untuk kumpulan pandai dan untuk kumpulan lemah aku mengajar. untuk kumpulan lemah, aku ajar huruf vokal 'i' dan 'e'.
kad huruf vokal i dan e. murid tutup mata dan sentuh huruf ni. guna beras je.
Langkah 2 pun sama je. untuk kumpulan lemah, aku bagi lembaran kerja dan untuk kumpulan pandai aku minta murid baca suku kata.

Langkah 3 pula aku buat permainan yang dipanggil kotak ajaib. ala, permainan yang kita pass kotak tu. bila lagu berhenti, kena jawab soalan. yang ni pun murid sakan gila main. but then dorang still nakal. aku suruh pass kotak tapi pergi baling kotak kt kawan sebelah pulak -.-

tapi aku rasa kawalan kelas aku masih boleh tahan la sebab aku guna satu sistem. siapa yang siap kerja cepat, aku akan bagi sticker pusingan. siapa boleh jawab soalan, aku bagi sticker. siapa tak nakal aku bagi sticker. so, dorang akan ikut jgk la arahan aku walaupun kadang-kadang nakal.
ni la sticker pusingan yang aku akan lekat kat kolar baju / tudung murid.
oh, masa buat permainan tu pun aku ada bagi sticker. masa giliran murid A jawab soalan yang aku ajukan, ada murid lain yang menyampuk bagi jawapan. so, untuk atasi masalah murid menyampuk bagi jawapan, aku akan amik sticker pusingan murid yang menyampuk tu dan bagi kat murid A yang kena jawab soalan. dengan itu, sticker murid yang menyampuk tu berkurang. lepas dari pada tu, tak de murid pun yang menyampuk masa aku tanya soalan kat murid lain. semua diam sebab tak nak sticker kena amik. HAHA. bijak bijak!

sebelum kelas habis, aku buat penutup pengajaran. aku tanya balik apa yang dorang belajar. dan alhamdulillah...dorang DAPAT semua apa yang dorang belajar harini. bersyukur jugak la sebab semua objektif pengajaran aku TERCAPAI. sebelum dorang balik, aku minta murid beratur di depan aku sebab nak bagi ganjaran token dekat murid yang dapat sticker pusingan yang paling banyak. aku jugak akan bagi sticker dekat murid yang boleh jawab soalan yang aku tanya.
ni pulak ganjaran token masa penghujung kelas. sticker pusingan terbanyak akan diberikan sticker lebih! haha
sebelum dorang balik kelas juga, dorang akan salam aku dan aku bagi dorang pensel sorang satu. hehehe. 

lepas pada tu, inilah hasil apa yang pensyarah aku observe. bersyukur la jugak. yang dapat markah 3 tu aku akan perbaiki lepas ni.
result kena observe. okay la jgk kan utk pertama kali. lepas ni boleh improve.


lepas aku kena observe tu, rumet aku pulak yang kena observe. yang kelakar nya rumet aku ni, masa kena observe ni lah murid dia muntah la, terberak dalam seluar lah. haih! aku gelak je. kesian rumet aku jadi cleaner kejap uruskan murid-murid yang buat hal tu. hehehe.

bui bui! :)