#2 CERITA SESAT

hai.

baru masuk hari kedua dah ada kenangan. kenangan lambat datang sekolah! choii..seperti biasa, ktorang gerak dari maktab pukul 7 pagi. masa ni memang dah bajet la sampai sekolah sebelum pukul 7.30 pagi. *skema

masa kat highway, sepatutnya masuk lorong menuju ke puchong. tapi....... tersalah masuk lorong ke PUTRAJAYA! ni semua gara-gara ktorang tak ingat jalan! haha. dan bila tersalah jalan tu, kena lah pusing balik. pusing jauh lak tu. dah ibarat belajar sampai huruf P tapi bila dah lupa kena ulang balik belajar mula dari huruf A. masa tu dah pukul 7.15 pagi dah. Ya ampun....sabar je la. dah la kat putrajaya tu jem la pulak pagi-pagi.

aku asyik-asyik tengok jam tangan. dah pukul 7.30 pagi la nyahhhh..tak sampai-sampai sekolah lagi. dalam pukul 7.40 pagi cmtu ktorang baru sampai. nasib wei ada cikgu len lagi yang baru sampai. so, tak rasa mana la kan lambat. hahaha. sampai pukul 7.40 pagi tapi tulis kt buku kedatangan guru masa tiba 7.30 pagi. main kotor kan kau, Cikgu Zati! HAHAHA.

lewat dah ni :(
harini aku dapat jadual dah. aku dapat 8 waktu dannn... aku mengajar murid darjah 1 Tekun. murid aku ada 7 orang. dua orang perempuan dan selebihnya lelaki. tapi harini murid aku yang datang sekolah cuma 5 orang je.
sedang tekun buat assignment math! haha
btw, tempat duduk aku yang kat bilik guru ni aku tumpang meja guru sidang petang. meja cikgu lelaki. meja dia sangat bersepah okay. tiap hari aku kemas dan susun barang-barang dia. dia sedap je buat sepah sebab dia tau akan ada guru cantik yang akan kemas setiap pagi. HAHAHAHA.

CIKGU F. tetttttt! hahah
actually harini aku ada kelas pukul 10.30 sampai 11.30 tapi kelas aku diganti pukul 12 sampai 1 petang. terpaksa aku makan cepat-cepat sampai nak tercekik aku. hahaha.
this is kawan maktab aku yang kos tesl. dorang makan pakai tangan. aku dengan rumet aku makan pakai sudu. western gituuuu... haha
harini aku cuma ice breaking je dengan murid aku. well, dorang sangat bising okay. dan aku mula-mula ni buat tegas sikit la. biar dorang dengar sikit cakap. sebelum masuk kelas aku, kena beratur kat depan kelas. dah masuk kelas, kena buat satu barisan lurus. bagi salam dan baca doa. lepas tu baru boleh duduk. 

ice breaking aku yang pertama adalah aku bagi setiap murid aku magnet yang mempunyai warna yang berbeza. bila dah dapat magnet, aku akan mintak dorang sorokkan magnet tersebut daripada pandangan mata aku. dannnnn bila aku sebut warna magnet, murid tersebut kena beritahu nama, makanan kegemaran dan warna kegemaran ( ni memang tak de idea dah! haha). 

ni je la yang sempat aku fikir dalam 10 minit. haha
dorang hepi la kan bila aku duk teka warna magnet dorang. siap cakap kt kawan dorang, "sorok la magnet. nanti cikgu nampak laaaa.." okay fine! -,-

bila dah habis sesi kenal murid, aku pulak kenalkan diri. aku suruh murid baca nama aku kat nametag. murid-murid aku ni ada yang tak kenal huruf. dorang pandai mengeja tapi tak pandai membatang suku kata. 

so, dorang just "N.....i....k.... A....i.....n... bla bla bla,"
bila aku tanya apa lah bunyi perkataan yang dorang duk eja tu..dorang just "entah!" hahaha

aku pun kenalkan diri aku..
"Nama cikgu Nik Ain Izzati. panggil Cikgu Zati,"

aktiviti seterusnya adalah aktiviti melukis di atas whiteboard. benda ni aku dah sediakan sebelum kelas aku mula lagi. untuk aktiviti ni, aku minta dorang lukis satu benda yang dorang paling suka dan lukisan dorang tu tak boleh tunjuk kat kawan sebelah. aku pun ikut lukis jugak. 

murid-muridku..


bagi masa 3 minit dan aku pilih scara random giliran murid. ada yang lukis diri sendiri la, lukis kereta la dan macam-macam lagi. aku pulak lukis kucing. lepas tu murid-murid tu suka aku lukis kucing. hahaha

lepas tu ktorang main game tepuk-tepuk tangan sambil nyanyi lagu abc. pastu sebelum habis kelas tu, aku minta dorang semua lukis apa-apa yang dorang suka beserta nama dorang kat tepi. semua khusyuk melukis okayy. haha.
kami.. cis! aku tak perasan pulak murid perempuan tu letak kaki dia atas meja. kurang sopan. haih!
kelas aku habis pukul 1. dan sebelum balik, dorang bagi salam. aku tanya balik siapa nama aku dan DORANG LUPA NAMA AKU!!! aku ulang beberapa kali. lepas tu ada pulak yang panggil CIKGU YATI! hahahaa.

ceh, aku marah ni okay dorang panggil YATI! haha.

okay, bui bui! :)

No comments: