HAPPY BELATED BIRTHDAY PRINCESSES! :

hai.

alhamdulillah selesai sudah paper yang kedua. syukur alhamdulillah aku boleh jugak menjawab. semalam dah sedih- sedih dah dengan :3. mengadu. risau tak dapat jawab exam. semalam jugak ktorang tdo dalam keadaan bukak lampu.mana tau bila tersedar daripada tido, boleh baca-baca nota.  kau bayangkan betapa risaunya ktorang dengan paper Teknologi Pendidikan ni. hehe.

baiklah, kat sini nak share cerita kuno sikit. ada dua peristiwa ni dah jadi beberapa bulan yang lalu. aku ingat aku nak kembali menulis dengan aktif. cewah! padahal kalau cuti semester nanti lagi konfem aku malas menulis sebab asyik keluar jalan-jalan je. hehe. takpe, aku akan cuba jadi rajin. hehe

masa tu, aku dengan rumet tak menyempat nak sambut birthday dua orang jiran ni. yela, dorang dah sambut birthday kita takkan la tak nak buat kat dorang pulak. kira adil la kan.

malam tu aku ke Alamanda sekejap untuk cari big apple. masa tu warta takde big apple lagi wei. terpaksa ke alamanda untuk beli big apple. tujuan aku dengan rumet aku beli big apple sebab ktorang dah muak makan kek. so, apa kata ktorang cucuk lilin kat donut-donut yang sedap tu je. dah jadi kek! aku meronggeng ke alamanda dengan rumet aku. ktorang adalah minah rempit yang berjaya tau. hahahaha.

dalam pukul 9.30 malam ktorang pun balik maktab dan bersiap-siap. masa tu aya dengan fik lepak-lepak kat bilik aku. aku dah risau dah sebab masa tu aku beli ais banyak-banyak. takut cair je. dorang pulak lama pulak melepak kat bilik aku. bila dah lama sangat dorang lepak dan aku pun dah naik risau, aku pun cakap seorang tapi dalam keadaan yang kuat...

"lama la pulakkkkkkk..."

tak tau la dorang faham ke tak. for sure rumet aku faham. haha. then, tak lama kemudian, dua orang jiran ni pun balik bilik masing-masing. aku dengan rumet aku pun cepat-cepat siapkan surprise party la konon-konon.

hidupkan lilin untuk nampak lebih romantik. masa tu, aku serve je makanan apa je yang ada kat bilik aku. termasuklah kuih raya yang mak bekalkan untuk aku. tapi aku tak makan pun. rumet aku je yang suka makan kuih-kuih raya tu. hehehe.

big apple dah habis. so, ktorang beli cupcakes yang comel. hidang bersama nata de coco yang dibawa dari rumah atuk aku. hehe
kuih raya yang dah divariasikan dengan nuzz. haha. kuih raya love tu mewakili aku, mawa, aya dan fik. hehe
bila dah siap semua, aku tutup lampu, tutup kipas dan suruh rumet aku pergi panggil dua orang jiran ni. rumet aku dengan lakonan nya yang berjaya, at last jiran aku pun datang bilik. nak tau pe lakonan dia?

"aya, nik jerit (nangis). mari la g bilik aku." [sambil tunjuk jari kat mata]


aya macam tak percaya je. pergi bilik fik pulak..

"kak yah...cepat la..."[ dengan intonasi yang gelojoh]

dorang pelik jugak kenapa bilik ktorang tertutup lampu. bukak pintu bilik and thennnnnn.....

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU....happy birthday to you....bla..bla..bla.." [nyanyi lagu happy birthday].

suka dorang. hehe. 

padamkan lilin, amik gambar sikit dan makan.. sambil makan sambil borak...masa tu macam-macam cerita keluar. hehe. 

fik secara rasminya telah berumur 22 tahun dan aya pulak berumur 21 tahun. all the best to you girls! :)

                                               aya                                                                fik

bui bui! :)

No comments: