EXPLORACE DI TAMAN PERTANIAN PRESINT 16

inilah muka awal pagi... hehe.
hai...
sebelum tulis apa-apa, aku mempersembahkan aku yang berpakaian sukan versi maktab! yeah! hehe. 

hai. hai. hai.
malam ni aku nak tulis pasal hari keluarga blok c. memang aktiviti ni merupakan aktiviti terakhir ktorang bergelar warga blok c sebelum menjadi warga blok D padah tahun depan. TTTTTT___TTTTT.. sayang nak tinggalkan bilik aku yang dah cantik ni. :(

pagi tu dari maktab kami bertolak ke putrajaya which is macam kangkang kera je dekatnya. kami menuju ke presint 16 iaitu taman pertanian warisan. KALAU tak silap nama tempat tu. aku kurang sikit hafal nama tempat walaupun tempat tu dekat. haih! lemah betol! =_='

dalam pukul 8 pagi kami pun sampai kat taman tu. masa tu kedai-kedai kat situ baru nak bukak. dan kami pun menunggu entah aku pun tak tau apa yang kami tunggu sebenarnya. then, breakfast kejap sebelum explorace mula. hehe.

saya dan aya
mawa dan fik

lepas dah breakfast, ambik gambar kejap. dan bersiap-siap ikat 'tanda' ikut kumpulan. kumpulan aku kumpulan kain warna merah dan kami ni gedik nak ikat kain tu kat leher. ala-ala 'bow' la konon. hehe. dan sebab tak de idea nak bagi nama kumpulan apa, kami pun bantai je la bagi nama kumpulan "Red Bow". hahaha. nasib tak "Red Warrior" tau.. kelantan gituu... haha.

sblm mula explorace.
kumpulan lain ada yang ikat kain dorang kat paha la, lengan la, pergelangan tangan la dan kat dalam baju pun ada tauuu.. hehe. sampai ke situ skali ye dorang ni. hehe.

lepas dah habis sesi ikat mengikat, kami pun berkumpul untuk diberi taklimat. masa ni la kami kena bagi pen, peta dan soalan-soalan untuk dijawab. soalan-soalan ni dilindungi dalam fail kalis air gitu...sebab masa tu musim hujan dan masa tu MEMANG nak hujan pun!btw kakak fasi tu bagitau yang ktorang kena jalan berpandukan map yang dia bagi tu. jangan sampai sesat sebab kalau sesat memang masuk hutan terus dan susah nak cari sebab kawasan tu 35 hektar.

sbenarnya kan aku angkat tgn ni sbb nak pggil jurugambar ni tp nmpk macam gedik pulak aku bgitu. haha
explorace pun bermula. kami diberi masa sejam setengah untuk selesaikan explorace tu dan pergi ke tapak terakhir bila semua soalan dah jawab. aku dengan ahli kumpulan semangat gila jawab. tulis nama atas kertas pun cepat-cepat. konon-kononnya tak nak buang masa la ni. tulisan pun buruk.

soalan dia semua tentang pertanian. tentang tumbuhan, pokok dan semualah yang berkaitan dengan pertanian. aku telah menggunakan kepandaian yang ada untuk search jawapan melalui internet je. nasib la "epong" kita ada internet. fuh! at least macam kurang skit la beban nak kena round 35 hektar cari jawapan tu. hehe. ada certain soalan tu memang tak dapat cari dengan "epong" la dan kena cari sendiri.

group lain.
bersungguh gila sebab nak menang punya pasal. haha
u see. u see... semangat tak? aku jalan pandang kertas. dah tak pandang jalan dah.
harus fokus! jawab teka silang kata nama2 saintifik tumbuhan. semua nama tak pernah dengar
at last kami sampai jugak kat tapak terakhir bila dah selesai jawab semua soalan. terpaksa lari sebab masa dah tinggal 10 minit je. nanti kalah. tak berbaloi pulak kan. dah la ada bantuan "epong" dah. haish! masa tengah explorace tu hujan lebat. habis basah baju. kasut aku tak payah cerita. nak lari punya pasal sampai aku main redah je lopak-lopak air. hehe.

dah selesai! baju lembap masa ni
tunggu punya tunggu VIP sampai. at last aku tertidur dalam keadaan pakaian basah. sejuk sangat. nak demam rasa mandi hujan.

penat tau lari sana sini.. :(
at last dorang pun sampai dalam pukul 2 lebih. adoi. lambatnya dorang datang. penat tunggu. nak balik mandi dan tdo je ni rasa. 

majlis pun bermula. ucapan. tepuk tangan. ucapan. tepuk tangan. ucapan. tepuk tangan.

cuba cari orang sedang khusyuk dgr ucapan dan pura-pura bermuka comel. hahaha
dan seterusnya sesi bagi hadiah pulak. kumpulan aku dapat no. 2 untuk explorace. tak sangka. semua ni jasa "epong". maseh "epong". thnk u jugak untuk kawan-kawan kumpulan. walaupun ada yang junior, ada yang jauh lg tua daripada aku, tapi kami tetap boleh bkerjasama dengan jayanya. hehe

group ktorang dapat no.2 dalam explorace. yay!
seterusnya ialah penyampaian anugerah pilihan pelajar. ada kategori ayu dan sopan, senyuman menawan, peramah, sukanita dan fashionista. aku pun tak pernah sangka dan berangan ada orang vote nama aku. wah wah wa. maseh semua! tak sangka la pulak dalam comot comot aku ni dapat jugak anugerah. hahaaha.

pemenang lain anugerah pelajar pilihan. hebat ah dorang.
lec ni ajar aku sem ni. dia pun terkejut aku menang. tgk la reaksi muka dia. aku pun tergelak same. haha
semua pakat suh posing fashionista. ah, malu lah! tak mau. ada Dr. Husin n En Ali kat situ. haha
 then lepas tu anugerah untuk pelajar yang dapat CGPA 3.9 ke atas dan salah seorang kawan aku telah dapat anugerah ini. jiran sebelah bilik. fik dengan CGPA nya 3.91... tahniah! :)


dah selesai penyampaian hadiah dan makan-makan, at last ktorang pun nak balik dah. masa ni la yang paling best sebab semua penat. tak sabar nak balik dan mandi. hehe


ambik gambar dengan ahli kumpulan kejap sebab dah menang. hehe

tak sempat nak buat muka elok2 rumet dah snap gambar. terjadilah gambar sebegini
ni pun same. tgh gelak2 rumet amik gambar. terjadilah gambar seperti ini.
masa tengah tunggu bas maktab sampai, mawa, aya dan fik pergi beli roti john. dorang cakap kalau datang presint 16 ni WAJIBUN beli roti john sebab sedap. aku rasa biasa je. sama je rasa dengan roti john yang lain. haha. tak berhati perut sungguh aku. hehe


akhirnya sampai juga kami di maktab. aku cepat-cepat mandi, kemas-kemas dan ZZZZZzzzz...

bui bui! :)

No comments: