S.EM.A.K

hi semua!

hari ni aku rasa nak update sikit blog aku sebelum aku masuk ke alam yang men'stress' kan diri.. sepatutnya kerja kursus subjek Murid dan Alam Belajar dihantar harini. aku punya lah ke main tekun duk edit kerja aku tu sampai tengah malam bagai nak rak nak berak semua. lepas tu hari ni dia tambah lagi banyak kerja untuk kami masukkan dalam kerja kursus tu. kalau sikit tak apalah jugak. ni banyak nak mampus. dah rasa macam buat dua kerja kursus. dateline dia bila?! ESOK okay! ingat kami ni robot ke.. amboi amboi..

kat kelas tadi memang aku tak ada mood la nak buat kerja kursus walaupun kelas harini tak ada lec yang masuk. aku bagi pasangan aku buat kerja part dia je. tak ada mood pasal elok-elok aku dah rancang malam ni nak buat kerja kursus math tapi dah terbantut kentut dengan kerja kerja kursus yang sepatutnya dah hantar. adakah anda faham erti S.E.M.A.K di kepala aku ni?

jadi kepada insan-insan yang aku kenal, jangan nak buat kepala aku SEMAK dengan kau yang macam-macam

jangan sampai aku jadi WANTED bila dah cepuk korang. haha

so, lepas update blog ni aku akan kembali ke alam Murid dan Alam Belajar. aku nak taip cepat-cepat lepastu malam ni boleh relax buat kerja lain. 

sekian terima kasih..

No comments: