NAK CARI PAKWE PONTIANAK YANG BAIK-BAIK JUGAK LAH!

Salam semua!

wow! pencapaian yang memberansangkan untuk hari ni.. aku tak tido petang weyh! aku tak tido petang pun sebab rasa tak mengantuk. 

harini aku layan cerita "Tolong! Awek Aku Pontianak".. eh, sukalah dengan cerita dia. happy ending.. walaupun sazzy falak tu pontianak tapi at last dia kembali jadi manusia biasa bila berakhirnya sumpahan jadi pontianak. yela, dapat cinta sejati.. seronoknya kalau dapat jadi lemah lembut cm sazzy falak dalam cerita tu. cun pun cun.


semalam aku layan dua movie..semua movie ni aku tengok online je. almaklumlah.. dapat dot dot dot.. haha. semalam aku tengok cerita Flat 3A.. urm tapi tak habis pun cerita dia sebab malas nak tengok. agak bosan. lepas tu aku tengok cerita Momok : Jangan Panggil Aku.. cerita tu pun tak habis. 

kadang-kadang kalau dah bosan sangat tu memang layan cerita melayu la.. kadang-kadang lah.. haha..

okay, lepas ni aku nak explore dunia alam maya ni. nak tengok cerita lain yang aku tak tengok lagi..

ada input tambahan... siapa yang minat dan tak mau ketinggalan tonton cerita barat yang baru, boleh la ke Filmhill.com.. semua wayang yang baru kuar kat panggung semua boleh tengok. gambar memang cantik. 

Selamat Menonton~!

p/s: boleh klik tajuk movie untuk menonton sama-sama...jom!

No comments: