UMRAH 2019 (PENGALAMAN MASUK RAUDHAH)

PART 1 | PART 2 | PART 3

Salam.

Sebelum aku mula, aku nak tekankan kat sini, ini hanya perkongsian aku menunaikan ibadah umrah. Tiada niat untuk riak. Aku hanya berkongsi pengalaman. Penulisan ini hanya untuk aku abadikan sebagai salah satu kenangan indah aku.

Sebelum tu, apa yang ada di Raudhah?

Raudhah adalah taman syurga yang kekal di dunia. Di Raudhah inilah ada makam Rasulullah S.A.W di bawah kubah hijau diikuti dengan maqam Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar al-Khattab. dan di Raudhah ni ada mimbar Rasulullah S.A.W. sebelum kita sampai Raudhah tu, kita akan nampak kubah hijau. di bawah kubah hijau tu la ada makam Rasulullah S.A.W beserta dua orang sahabat baginda. bila masuk Raudhah, beri salam pada Rasulullah dan sahabat.

belakang tu la kubah hijau 
masa masuk raudhah untuk wanita terhad. ada masa tertentu sahaja. selain daripada waktu ini, adalah waktu jemaah lelaki. 

selepas subuh : 7.30-11.30 pagi
selepas zohor : 1.00 tengahari - 3.00 petang
selepas isyak : 9.00 malam - 1.00 pagi. (kami pergi yang sesi ini)

boleh pilih waktu mana yang kita nak pergi. tapi kena beringat, Raudhah ni tempat tumpuan ribuan jemaah. so, memang semua berebut nak solat di sana. aku dulu memang tak expect Raudhah ni akan ramaiiiiii jemaah.

untuk masuk Raudhah bagi wanita, kita masuk melalui pintu 25. dalam Raudhah ada dua warna karpet iaitu merah dan hijau. karpet hijau tu lah kawasan Raudhah. yang merah kawasan masjid nabawi. solat dan berdoa di karpet hijau ni mustajab. buatlah seberapa banyak solat sunat dan doalah apa-apa pun. apa sahaja. dan yakinlah dengan permintaan kita itu. oh, lebih baik kalau nak masuk Raudhah pakai pakaian yang gelap / hitam. senang geng Arab ni nak bagi masuk.

karpet hijau = kawasan Raudhah
untuk pertama kali kami masuk Raudhah adalah ikut mutawwifah. masuk ikut giliran. kami menunggu pukul 9.00 malam waktu Arab (2 pagi Malaysia), pukul 11 malam (4 pagi Malaysia) baru dapat giliran. sambil menunggu ni buat la solat hajat ke berzikir ke apa ke. berdoa la juga semoga dipermudahkan urusan masuk Raudhah. fyi, kalau nak masuk Raudhah by grouping, memang akan lama menunggu. tapi kalau pergi individu atau dengan 2/3 orang cepat sikit sebab kita boleh menyelit masuk.

sementara menunggu Raudhah buka untuk jemaah wanita

pengalaman pertama aku di Raudhah aku masih blur lagi nak buat apa. dengan berebut-rebut dengan berhimpit-himpit masyaallah. jemaah wanita yang dari Turki, Arab semua besar-besar. pengalaman pertama ni aku terpisah dengan mak aku sebabnya mak aku tetiba sebelum masuk Raudhah tu nak ke tandas. so, bila kami dapat masuk, mak takda. tapi aku tak risau. mak aku pernah buat Haji. so, dia dah tahu. cara kami untuk solat di Raudhah untuk pertama kali ni kami buat bulatan dan seorang atau dua akan solat dalam bulatan. berganti-ganti. lepas semua dah solat, mutawwifah aku ajak keluar. tapi aku tak puas lagi solat sebab aku solat sekali je. so, ikut jela mutawwifah keluar.



see.... dorang memang main langkah je orang tengah solat. sebab ramaiiiiii sgt berebut nak solat atas karpet hijau ni

masa nak keluar tu, mak aku panggil dari sebatang tiang Raudhah tu. mak suruh solat situ (sambil tunjuk isyarat datang sini). so, aku yang tak puas solat tadi, ambil peluang. sambil tu mak jaga aku solat. buat benteng daripada kena langkah dan pijak orang. serius, ramaiiii berebut nak solat di Raudhah ni. dorang ni main langkah langkah je tak peduli kita ni tengah sujud ke apa. main langgar je. makcik nora, ibu dan adik aku pun sama sambung solat kt tiang tu. geng yang lain dah keluar ikut mutawwifah. 

tips nak solat di Raudhah secara selamat ialah..carilah tiang yang berkarpet hijau. make sure pergi berteman dan sentiasa yakin Allah beri kita peluang solat di sana. macam pengalaman aku haritu, bila kita buat benteng untuk family solat kan, nnti ada wanita lain yang kita tak kenal akan tolong buat benteng jgk. nnti dia bagi isyarat la yang dia nak solat sekali. selalunya orang indon la. haa mcm tu la saling membantu. kalau ada jemaah wanita yang tolak- tolak kita (selalunya yang geng badan besar ni la), cakap balik kat dia sambil bagi isyarat "solat, solat." nanti kurang la sikit tolakan dia tu. hehe

dan kalau tak nak kena halau dengan polis kat sana (sebab nak beri peluang jemaah wanita lain untuk solat juga), lepas siap je solat sunat, terus berdiri dan buat lagi solat sunat lain. jgn duduk dan berdoa. nanti dia suruh kita bangun dan keluar dari Raudhah. kalau macam aku, aku buat solat sunat hajat, solat sunat taubat, ulang solat sunat hajat dan ikut suka hati nak buat berapa banyak. lepas habis satu solat, sambung terus solat sunat yang lain. kalau nak berdoa tu, aku berdoa masa berdiri. masa tengah jaga mak / adik / makcik aku yang tengah solat. masa tu doa lah banyak-banyak. untuk pengalaman aku, aku berdoa sampai menangis. sampai merah muka.  terasa macam dekat sangat dengan Pencipta dan kekasih Allah. ulang banyak kali doa yang sama. sambil tu aku bacakan juga doa yang rakan-rakan kirim. doa menghadap kiblat ye bukan menghadap maqam nabi.

kami keluar dari Raudhah pukul 1.00 pagi (6.00 pagi waktu Malaysia). keluar pun bila polis dah halau sebab dia nak buka untuk jemaah lelaki pula. so, terpaksa akur. tapi esoknya tu kami berhajat nak pergi lagi.

ni masa kali pertama kami solat di Raudhah. 
untuk masuk Raudhah kali kedua, kami pergi pukul 11.00 malam. lepas isyak balik tidur dulu untuk tenaga. nanti pukul 11.00 malam get ready untuk ke Raudhah. Alhamdulillah aku dan family dapat masuk Raudhah dua kali. cukuplah tu.

ini kali kedua kami nak masuk Raudhah




muka selebet merah merah gadis cendol dont care! haha
masa ni rasa sedih sangat nak sebab esok nak ke Mekah dah. insyaallah sis akan kembali lagi ke sini

ustazah gituuuu hehe
biar gambar bercerita. muka takde mood sebenarnya sebab baru lepas menangis. hihi. takde mood tapi nak juga bergambar. 
yang penting masa di Raudhah, jaga adab. 

kalau ditanya lagi, berbaloi ke pergi Raudhah walaupun bertolak-tolak. BERBALOI! ia satu ketenangan. pergi berkali-kali pun takkan bosan.

okay, sekian share pengalaman di Raudhah. Next, sambung Part 3.