AKTIVITI AYAT PENYATA, AYAT SERU, AYAT PERINTAH DAN AYAT TANYA

Assalamualaikum... hi!

dah lama tak singgah menulis kat sini. baiklah, sekarang aku nak menulis. lets make it simple.

sejak posting, aku diberi tugas untuk mengajar BAHASA MELAYU. so, kelas yang aku ajar ialah tahun 2 dan tahun 4. 

masalah yang aku selalu hadapi ialah murid aku, terutamanyaa darjah 4 tidak tahu macamana nak bentuk ayat penyata. walaupun dah berbuih mulut aku ni duk cakap "ayat penyata tu ayat yang menyatakan sesuatu perkara bla bla bla.... "

mostly jenis-jenis ayat la dorang tak berapa nak faham. ayat seru, ayat tanya dan macam-macam. oleh itu, pada satu hari aku belek belek facebook dan ternampak satu cara nak mengajar jenis-jenis ayat ni. kira dia mcam bagi inspirasi la. so, aku ikut cara dia.

ternyata dengan kaedah ni, murid aku seronok belajar, wujud kerjasama antara mereka, bersungguh-sungguh siapkan tugasan yang aku bagi dan yang paling best sekali, dorang tak buat bising masa pdp berlangsung dan kelas mudah dikawal. serius!

mula-mula, aku minta murid cari pasangan masing-masing yang dia selesa bekerja. 

kemudian, aku akan bahagikan pasangan- pasangan ni kepada beberapa kumpulan. nama kumpulan tu aku ambil huruf depan je supaya dorang tak cerewet dan nak tukar-tukar kumpulan. contohnya, kumpulan ayat penyata aku tulis P, ayat seru; S, ayt perintah; PE dan ayat tanya; T. so, bagi dorang 1 minit untuk bincang dengan pasangan nak pilih kumpulan mana. setiap kumpulan juga aku limitkan kepada 5 pasangan sahaja. siapa cepat dia dapat. aku akan tanya setiap pasangan apa pilihan kumpulan mereka dan tulis di papan tulis!

kemudian, aku akan minta mereka bergerak ke dalam kumpulan besar. contohnya kalau kumpulan P, duduk sebelah kanan cikgu, kumpulan S, duduk sebelah kiri cikgu dan seterusnya.

sebelum mula, aku akan reveal apa nama kumpulan masing-masing. masa ni la dorang tahu dorang kumpulan apa. kumpulan ayat Penyata ke, ayat Seru ke dan seterusnya.

sebelum mula juga, aku akan panggil setiap wakil pasangan setiap kumpulan besar untuk datang ambil peralatan dekat aku. aku akan bekalkan pensel warna, gam dan gunting. peralatan ni dipinjam dari bilik seni. setiap pasangan akan dapat satu. so, dorang akan lebih fokus kerja dan tak sibuk kat kumpulan lain.

kemudian aku akan bagi kertas gambar mengikut label. dan juga kertas contoh-contoh ayat untuk dorang pilih. 

aku juga akan pesan supaya mereka bahagikan tugas masing-masing dalam buat kerja. cari contoh ayat ikut jenis ayat yang dia pilih sama-sama. lepas tu, sorang tukang gunting, sorang tukang warna. oleh itu takdela kes kawan parasit. 

aktiviti ni aku buat masa kelas aku ada 3 masa iaitu satu jam setengah. memang cun cun untuk murid tahun 2 yang sedikit lambat buat kerja. dan kalau tahun 4, dalam masa satu jam pun boleh siap dah.

tak lupa juga, aku akan tunjukkan contoh hasil kerja aku kepada mereka. so, dorang lagi jelas mana nak lekat dan apa nak buat sebenarnya.






bawah ni pula aktiviti yang aku buat untuk murid tahun 4. fyi, aku dapat kelas hujung dan kelas nakal bagi tahun 4 ni. tapi yang magic nya, dorang pun seronok buat tugasaan ni dan keadaan kelas senyap je. (selalunya bising). hehe

tak kisah la duduk bersila atas kerusi pun janji duduk gunting diam-diam


dan hasilnyaaaa....



paling bangga semua siap tugasan masing-masing dan semua dapat buat tugasan dengan betul!

bangganya cikgu dengan uolsss semua! walaupun dorang nakal dan buat aku marah, tapi dorang la cinta hati aku. anak-anak yang aku sayang. didik dengan kasih sayang. 

baiklah, sebelum aku habiskan entri, sesiapa nak try bagi aktiviti ni kat murid, boleh la ye. boleh download kat bawah ni. 


  

harap harap berguna la ye. bui bui! :)

*sori yang document bahagian gambar tu korang kena adjust sikit susunan dia. aku newbie masukkn words dalam blog. nnti boleh improve lagi :D