CHEESECAKE GUNA BISKUT

hai. Assalamualaikum.

sebenarnya entri ni dah lama aku tulis tapi tak sempat habis sebab aku sibuk sangat.
jadi hari ini berpeluang nak post entri ni.

haritu aku dengan kawan-kawan asrama buat CHEESECAKE versi biskut. rasanya memang sedap dan sangat puas hati. tambahan pula, kami ni duduk kat asrama. mana ada oven semua kan.
jadi ini adalah satu cara membuat CHEESECAKE dengan mudah tanpa bakar dalam oven.

BAHAN-BAHAN:

250g cream cheese
Nestum
Susu cair
biskut Hup Seng Deluxe Cracker
1/2 susu pekat

MULA-MULA (LANGKAH 1)
  • campurkan 1/2 susu pekat dan cream cheese dalam satu bekas.
  • gaul dua bahan ni sampai kembang. bila dah kembang, ketepikan dulu.


KEMUDIAN (LANGKAH 2)
  • ambil tupperware atau bekas, masukkan susu cair. tak kisah nak beli full cream ke atau low fat.
  • celupkan biskut Hup Seng dalam susu cair tadi tu. tujuannya nak bagi biskut tu lembut. 
  • jangan lama-lama sgt nanti biskut lembik dan hancur. agak-agak je okay?

                                
  • susun biskut tersebut dalam tupperware. 
  • bila dah susun biskut, sapukan cream cheese yang dah kembang digaul dengan susu pekat tadi.
  • bila dah sapu cream cheese, taburkan nestum sama rata.

        
 

KEMUDIAN
  • ulang langkah 2 sampai la biskut tu dah tak muat tupperware.
  • masukkan dalam peti bagi sejuk.
  • nanti bila dah sejuk, cubalah potong dan makan. SEDAPPP! 




-------------------------------------------------
cheesecake ni boleh dibuat mengikut kreativiti kita juga. ada beberapa cheesecake yang saya buat tak ikut cara yang saya ajar kat atas ni. untuk cheesecake kt bawah ni saya tak guna biskut hup seng tapi saya guna biskut ladyfinger. yang bestnya biskut ladyfinger ni ialah bila kita dah celup dengan susu atau air apa-apa pun untuk buat cheesecake ni, bila makan, kita akan rasa macam makan spongecake. 

biskut ladyfinger ni mahal sikit harga dia. haritu beli kt tesco dalam RM10 ++

cheesecake leleh apricot. biskut yang digunakan biskut ladyfinger. saya celup biskut ladyfinger dengan air apricot (buah apricot yang dalam tin). kemudian, bila dah sapu cream cheese, saya letak buah-buah apricot yang saya telah hancurkan. ulang langkah-langkah tadi sampai penuh bekas. soooo yummy!!


ni pula cheesecake tiramisu oreo. saya celup biskut ladyfinger dengan air nescafe. setiap lapis saya akan tabur milo. pada permukaan cheesecake, saya akan tabur oreo. yang ni pun sooo yummy! 

tak sampai sehari, dua cheesecake ni dah habis!


SELAMAT MENCUBA! :)
 bui bui!

2 comments:

ArELeEz said...

more cheese, more melting! owh3..

Mi$s NiCkeL=? said...

ArELeEz aah kak! sedapkannnnn