TENSI

hai. Assalamualaikum.

kalau berbincang pasal majlis perkahwinan, mesti ada banyak idea yang bertentangan dengan idea kita. contohnya kita nak nikah pagi, tapi parents nak nikah malam. kita nak buat sehari je tapi parents nak buat dua hari. Ya Allah, kadang-kadang rasa pening. lagi-lagi bila berbincang secara jarak jauh which is dalam fon je. aku rasa kalau berbincang secara dekat pun mesti ambil masa yang lama walaupun kata sepakat tu akan dicapai. ye tak gitu? haha.

itu baru cerita pasal majlis sahaja. belum lagi persalinan untuk majlis, tempat majlis nak berlangsung, tema majlis, barang -barang hantaran, berapa ramai nak jemput dan sebagainya yang kadang-kadang rasa menyerabutkan kepala. tension rasa. ye tak gitu? haha.

kalau berbincang dari jarak jauh, memang makan berhari-hari. hari-hari cakap pasal benda yang sama je. so, kalau nak berbincang pun memang kena face to face. 

aku pening jugak sekarang. tension pun ada. patutnya aku bergembira sebab harini Jumaat dan tak ada masuk kelas. tapi lain pulak ceritanya. tension pulak aku.

kenapa tension?

sebab.............















































































































































ini lah yang buat aku tension. aku rase aku perlukan parental guidance sebab rasa tak boleh buat keputusan sendiri. aku ni jenis kalau beli barang yang mahal, mesti kena pergi beli dengan orang yang lagi tua daripada aku sebab aku ni cepat menyesal dengan tindakan aku bila aku pergi beli sorang-sorang. 

sebab tu aku rasa tension sekarang nak pergi beli fon sebab tak ada orang yang lagi tua yang aku nak bawak. aku kena pergi beli sendiri.

so, konklusinya nanti jelah!