SERBU SINCERELYBYUSHAWLS DENGAN GENG

hai. Assalamualaikum.

entri yang lepas aku cerita pasal sleepover ke rumah encik tunang dengan kawan-kawan. tau tak sebelum pergi sleepover tu, paginya tu aku bersama geng shopping i pergi serbu SBU a.k.a Sincerelybyushawls.

kein, fiq, aku dan mawa

aku bukanlah follower SBU dekat instagram. tapi bila one of my friends ajak pergi SBU sebab SBU baru bukak dekat bangi, so, apa kata kita pergi jelah kan. lagipun yang buat aku tertarik ialah dapat goodies bag! haha. nampak sangat suka benda free. hahaha.

SBU tu bukak pukul 11 pagi dan kami berempat (aku, kein, mawa n fiq) pukul 9.30 pagi dah ke sana. gigih tak? nak dpat goodies bag punya pasal. siapa jadi 100 pelanggan pertama dapat goodies bag yang lagi lebih barang-barang dia daripada 300 pelanggan pertama. so, siapa tak nak kan? kalau orang lain boleh, kenapa kita tidak? HAHAHA 

 

sampai sana, tak ramai sangat lagi orang. nasib la ktorang antara yang terawal. siap kira lagi kot- kot ktorang ni tak termasuk pelanggan yang ke-100. hahahaha.

disebabkan dah ramai orang berbaris panjang untuk masuk ke butik tu, tak sampai pukul 11 pagi pun, owner tu bukak butik. ktorang apa lagi, berebut gila masuk butik tu. memang tak peduli dah sape sape pun. ni la first time aku buat kerja kerja berebut camni! malu tu malu tapi lantak kau lah. aku nak dapat goodies bag. HAHAHA.
betapa ramainya wanita kaki shopping di sini. haha
tempat pertama aku dengan geng aku serbu ialah tempat bahagian kasut. ktorang nak beli jelly sandal. and yes, berebut-rebut dengan orang lain nak cari saiz sandal. tak sempat dah nak kol adik aku tanya saiz sebab orang berebut gila! hahahahaha. tak sampai setengah jam, bahagian kasut tu kosong! hahahahaha. nasib sempat grab sandal satu.


then, rupanya butik ni akan bagi goodies bag kepada orang yang bayar dulu. ceh! apa lagi, part nak bayar pun sama. berebut gila. sebab nak dapat goodies bag 100 pertama. HAHAHA. masa tu, selain sandal, aku main grab je sehelai tudung bawal TANPA MEMILIH CORAK TUDUNG TU! randomly pick sebab nak bayar punya pasal. haha
 

at last, ktorang berempat dapat pun goodies bag untuk pelanggan 100 pertama. syukur sangat sebab berbaloi aku berebut-rebut tadi. HAHAHAHAHA.

lepas dah bayar, belek-belek barang lain. sementara nak bayar tu, jenguk kat luar tingkap. rupanya ramai gila orang tengah berbaris nak masuk butik tu. pihak butik terpaksa masukkan pelanggan sikit demi sikit sebab kt dalam butik tu dalam penuh dan sesak gila. bayangkan butik yang ada aircond tu, tak rasa pun aircond dia. bahang je dalam butik tu. muka habis berminyak n berpeluh-peluh dah badan aku.

kesian kot dorang sanggup berpanas. siap bawak payung lagi
selain shawl dan baju, butik ni jual aksesori untuk gadget macam cover fon, usb, charger fon dan macam-macam lagi. 

 

at last, aku belikan sehelai tudung untuk adik aku dan sehelai kemeja. dan aku terpaksa berbaris selama sejam setengah untuk bayar dua item tu sahaja! gila tak gila. sabar jelah masa tu. lambat gila turn. tapi yang nampak berbaloi lama-lama berbaris nak bayar tu, aku dapat goodies bag yang ke-300! kiranya aku pelanggan yang ke-300. hahaha. kesian orang yang kat belakang aku tak dapat goodies bag. hehe. kiranya aku dapat 2 goodies bag pergi SBU haritu. hihihihihihi. seronok gila!

keluar dari butik tu baru aku dapat bernafas dengan betul. fuhhhhhhh... 

walaupun terpaksa berpanas-panas, berpeluh-peluh tapi rasa seronok sangat bila ingat balik. kenangan manis wooo! dah la first time buat kerja-kerja macam tu. HAHAHA. 


dan yang paling kelakar, bila bukak instagram SBU, ada pulak terselit tiga orang gambar kawan aku dalam gambar tu. nasib aku tak terselit. malu wooooo! hahahaha


thanks geng shopping! seronok sangat.

bui bui! :)

No comments: