SALAM TAHUN 2014!

hai.

lama tak menulis. 

sebelum tu, aku nak wish SELAMAT TAHUN 2014! dah 9 hari dalam tahun baru, baru aku nak tulis entri kan? hehe. 

tahun ni merupakan tahun terakhir pengajian aku di IPG yang tersayang. hewhewhew. tak sabar rasanya nak bebaskan diri daripada maktab tapi dalam satu masa rasa sedih jugak sebab berpisah dengan adik beradik tiri yang dah lama bersama. tahun ni 5 tahun setengah okay kami bersama jadi adik beradik tiri. perangai masing-masing memang dah kenal sangat. 

dan untuk tahun terakhir memang logik gila pelajar batch aku yang dah / akan bertunang, yang dah / akan kahwin. memang dah jadi adat resam! haha.

so, untuk praktikum semester 7 dan 8, aku akan berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (A). "A" dalam kurungan tu bermaksud sekolah aku sekolah orang asli. tak sabar nak timba pengalaman berkenalan dengan murid asli. mesti best! hehe.

sekolah praktikum aku sem ni adalah sekolah BIG ktorang haritu. hehe
dan semoga perjalanan kajian tindakan yang akan aku dan kawan-kawan buat untuk tahun ni dipermudahkan segalanya. kajian tindakan tu yang paling aku tak sabar nak cepat-cepat habis. kalau dah lepas kajian tindakan tu memang lega habis. masa tu kalau nak kawin terus pun memang tak pe! disebabkan kena buat kajian tindakan la, aku tak berani tanggung risiko kesibukan untuk kahwin tahun ni. takut jiwa kacau. bukan apa, nanti banyak benda nak fikir. serius! so, baik aku jangan bahayakan diri. relax dulu untuk tahun ni. hewhewhew

apa azam anda semua untuk tahun ni? hehehehehehe

azam aku tahun ni ialah buat kajian tindakan tanpa rasa stress! HAHAHAHA

kbye! :P

No comments: