SEMUA PUN PASAL KAHWIN. TAK ADA PASAL LAIN?

hai.

akhirnya cuti pertengahan semester pun dah nak habis untuk budak-budak maktab. dan aku akan naik semester 4 dan akan kahwin pada semester 7. cuti yang penuh dengan kegembiraan. terima kasih semua yang buatkan hari-hari aku gembira. terima kasih keluarga, terima kasih kazen, terima kasih skandal. opsss! haha. ouh, maaf ye aku tak cukup duit untuk berskandal sebab duit tersebut aku nak buat shopping. woha!

dan esok aku akan balik semenanjung setelah seminggu ada di rumah sabah. susah jugak kalau rumah merata-rata. bila nak balik, kena fikir dua tiga kali rumah mana yang perlu kita balik.

dulu topik big family aku adalah tentang exam. contohnya, aku akan exam PMR dan adik aku akan exam UPSR. sekarang bila semua dah habis sekolah, cerita pasal exam dah pupus. sekarang ni, cerita hot tentang big family aku adalah tentang perkahwinan. siapa kahwin dulu. siapa yang hidup senang lepas kahwin dan macam-macam. semuanya berakar umbi tentang perkahwinan.

kadang-kadang macam muak tapi bila fikir balik, iya.memang zaman kahwin-kahwin la pulak. zaman sekolah dah habis. kadang-kadang fikir jugak dengan siapalah aku kahwin nanti. macamana la rupa dia. apa la kerja dia. tinggi ke dia. haha.

masa makan tadi mak ada cakap, "sekarang ni orang nak kahwin semua nak cari cikgu. cikgu ada masa untuk urus rumah tangga berbanding yang lain,"

u see.. pasal kahwin lagi kan. dan aku lah yang jadi tekanan. sebab aku anak perempuan sulung. abang aku boleh kahwin lambat tapi tidak aku. so, entah-entah aku yang bina masjid dulu. hahaha.

then, masa lipat kain tadi pun, mak bukak cerita pasal perkahwinan lagi. kali ni dia bagi soalan.

" contohnya dua orang jejaka meluahkan perasaan kat kakak. yang mana kakak nak pilih? dua-dua pun baik."

"ain  istikharah je nanti,"

u see.... maknanya kehidupan aku ni sekarang dah makin dekat dengan alam baru. macam takut pulak kan... erk..

okayla, babai!