SEMESTER 8

Assalamualaikum. hai.

alhamdulillah, aku sekarang dah ada di semester 8. harapnya aku dapat tamatkan pengajian dengan baik-baik je. dan sekarang ni pejam celik pejam celik aku dah 2 minggu internship. tinggal lagi 2 minggu untuk habiskan internship. seronok memang seronok nak habis dah zaman zaman praktikum semua ni tapi aku nervous jugak untuk tempuh alam pekerjaan.

so, lepas ni kami, classmates akan bawa haluan masing-masing. masing-masing akan sibuk dengan kehidupan masing-masing. tapi kenangan kami jadi adik-beradik tiri selama 5 tahun setengah pasti aku takkan lupa! dari muka comot sampai lah sekarang masing-masing dah lawa-lawa dan hensem-hensem. (konon la kannnn). hahaha!

ni la muka aku ikut turutan dari PPISMP SEM 1 sampaiii laaaaaaaa PISMP SEM 8. dulu masa mula-mula masuk maktab, aku ni hitam dan comot! HAHAHA..sebelum tu aku kat matriks. matriks lak kat atas pulau. jadi orang pulau. mana tak hitam! HAHAHA

PPISMP SEM 1
PPISMP SEM 2
PPISMP SEM 3
PISMP SEM 1
PISMP SEM 2
PISMP SEM 3
PISMP SEM 4
PISMP SEM 5
PISMP SEM 6
PISMP SEM 7
PISMP SEM 8
aku pun ada plan sendiri selepas belajar nanti. yang penting ada rezeki aku memang nak sambung belajar sampai PhD. sama macam babang. aku pun ada cita-cita nak jadi Dr. Nik Ain Izzati. hehe. nak belajar dan tinggal luar negara dengan keluarga sendiri. insyaallah. doakan yang terbaik untuk aku okay! yang penting, mak dan papa pun sangat galakkan kami adik-beradik belajar tinggi-tinggi.

jubah pinjam babang punya masa konvo master haritu. hahaha
okbai!

1 comment:

Airil Azmei(Sky EagLe) said...

good luck untuk final sem!