SHADIRA DAN FAMILY; I LOVE YOU SO MUCH BEBEH!

Assalamualaikum semua..

minta maaf la ye semua kalau korang tengah-tengah baca blog aku tiba-tiba blog aku ni bertukar jadi 'beast' lak. aku sekarang ni tengah bosan-bosan dan mengambil masa yang terluang ni untuk cantik-cantikkan blog aku walaupun aku ni tak ada lah reti sangat nak lawakan blog cam orang lain. hihi.
aku sekarang ni agak sibuk sikit. jadi, kadang-kadang aku tak peduli pun dengan blog aku ni. tak update la, biarkan blog kau comot-comot la, korang hantar komen aku tak reply la. mintak maaf ye? *_____*

                                 ------------------------------------------------------------

"eeh.. dia anak orang kaya. segan la nak kawan dengan dia."
"jom stalk tentang family dia,"
"aku takut orang cakap aku nak kikis duit dia sebab dia anak orang kaya,"

ouh, tidak tidak. jangan takut nak kawan dengan anak orang kaya. erk..maksud aku tak semua anak orang kaya tu sombong dan kedekut.
okay, aku kat nak cerita kongsi-kongsi je bukan nak besar kepala (eh kepala aku lagi besar daripada korang ke?), bangga diri ke tak. aku just nak borak-borak bodoh kosong je dengan korang.

atuk dengan wan aku memang seorang bisnesman dan bisneswoman. dorang memang banyak duit dan kami tumpang senang. kiranya, duit tu mengalir jugak kat kami sehinggakan korang nampak aku seorang anak orang berada. actually, aku hidup dalam keadaan yang sederhana. kami bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah S.W.T beri kepada kami. tapi kami suka tolong orang. wan aku pun bukanlah seorang yang kedekut. macam tu jugak dengan atuk aku. dia akan buat yang terbaik dia boleh buat asalkan orang yang minta tolong kat dia tu puas hati. memang tak berkira sangat la atuk dan wan aku. 

sayanglah kat dorang!

haa.. aku ni duduk cerita-cerita je kan. aku tak mention kat korang lagi kan bisnes apa yang atuk dengan wan aku buat. okaylah, atuk aku seorang jurutera dulu. jadi, sekarang dia bukak syarikat kejuruteraan awam. kiranya orang bawah dia buat kerja-kerja kejuruteraan la. wan aku pula, keluarkan produk kecantikan. tapi share dengan atuk aku juga. aku tak tau la korang pernah dengar ke tak tapi certain orang yang rapat dengan aku, tau produk kecantikan tu. certain orang yang tinggal kat seremban pun tahu gak. produk ni korang boleh cari kat majalah Wanita. produk kecantikan tu namanya SHADIRA. gabungan nama antara atuk dengan wan aku. main butik Shadira adalah di Plaza Ampangan Seremban.

gambar yang di'google'

dan ramai juga orang tanya..
" ko tak guna ke produk kecantikan atuk dengan wan ko tu?"
"eh, mestilah guna. aku guna face mask dia, lips mask, eye make up remover, dan lotion. "

dia macam produk lain juga. tak semua muka orang boleh suit dengan satu produk kecantikan tu. aku dulu guna juga set jerawat sebab muka aku jenis berjerawat tapi tak berapa jalan. muka aku ni nak kena guna ubat hospital @ farmasi  je. ubat makan. hihi..

hasil berniaga dorang ni lah, dorang dapat bawak aku dengan kazen-kazen aku semua pergi melancong la merata-rata, makan tempat mahal-mahal, tido hotel mahal-mahal, pakai benda mahal-mahal. thanks to both of them. aku hargai dan kenang sangat jasa dorang. 



 pelancaran SR-2


 What a Happy Family i have
12 cucu.. 6 cucu perempuan dan 6 cucu lelaki. perfect!

atuk dengan wan aku ni memang jaga dan sayang dengan kami dari kecik lagi. memang masa aku kecik-kecik dulu, macam-macam wan aku belikan baju. tapi masa tu kami berempat je. kami berempat tu ialah aku, abang aku, 2 orang kazen aku. kami berempat ni memang rapat sangat masa kecik.


aku ingat lagi, wan aku siap belikan aku costume Snow White. costume abang aku lak costume Clown. kazen aku nama Akak Farah costume Princess dan kazen aku yang sorang lagi nama Ashraf costume Aladdin. memang lengkap la costume dia. kalau ingat balik zaman tu rasa nak ulang balik je. hihi

TAPI.....

kalau kira-kira untuk hari ini, 23 Dis 2010, dah genap 6 bulan atuk aku meninggal dunia. aku berharap agar arwah atuk aku akan tenang dan gembira di sana. aku selalu juga mimpi tentang atuk aku dan aku memang rindu sangat dengan dia. kehidupan kami memang dah berbeza semenjak atuk meninggal. tapi apa-apa pun kehidupan harus diteruskan dan kita harus menjadi yang terbaik dalam hidup kita. dia tetap atuk aku dan jasanya aku akan tetap kenang sampai bila-bila. tapi aku rasa gembira sangat sebab aku sekurang-kurangnya dah berbakti untuk atuk di hari-hari dan saat-saat terakhirnya.

No comments: