RIANG RAYA PART 4

PART 1 | PART 2 | PART 3 | PART 4 | PART 5

hai. i'm back again.

harini mood tengah rajin jadi aku nak sambung untuk part 4 pulak.

4 Syawal kami ke Tampin. kat Tampin ada rumah sepupu mak. selalunya bila raya kami memang pergi tampin dan melaka. saja nak berjalan beraya rumah sedara. harini ktorang beraya kat rumah sepupu mak tu je. 

dalam pukul 2 ktorang bertolak dari Seremban. sepanjang perjalanan aku dengar lagu dan tdo. bila bangun tengok-tengok dah sampai.

keluar daripada kereta acap cakap dengan aku,

" tak de la jauh sangat kan?"
" yeke? ntah la. aku tdo dalam kereta tadi,"
" kau memang! itu je aktiviti kau."

HAHAHAHA.

orang tua berborak sampai entah pukul brapa aku pun tak ingat. ktorang pun berborak tapi borak kosong.

orang tua-tua khusyuk berborak
 
 sempat pulak acap tdo kat rumah orang tu. kazen yang lain ada men kad. kad apa entah aku pun tak tau.


bila lama-lama datang beraya kat rumah orang, rasa bosan gila. at last balik jugak ktorang. dan seperti biasa aku tdo dan akan terjaga bila sampai rumah. hehe.

malam tu aku plan dengan kazen untuk pergi main boling kat Seremban Parade. dah lama rasanya tak main boling. main pun dah tak terer. dah berat punggung aku. hahaha. dan lagi satu aku terlupa nak bawak bedak dan menyebabkan tangan aku licin dan yang tu penyebab kurang power tu. hehe

aish!
atur strategi dengan kazen. hehe
bui bui! :)

RIANG RAYA PART 3

PART 1 | PART 2 | PART 3 | PART 4| PART 5
hai.

harini aku akan sambung Riang Raya Part 3. raya part 3 kami pada kali ni adalah di 1Utama. orang lain semua pergi beraya kat rumah sanak saudara tapi kami pergi beraya kat butik-butik. hehehe. lagipun rasa macam dah lama tak jalan-jalan satu family.
kami geng bibiran. haha
pergi KL naik 3 buah kereta.  kereta acik nora 1, kereta bbg 1 dan kereta acap. seperti biasa, aku bersama geng-geng bibiran satu kereta. dan aku seperti biasa, bila naik kereta aku akan tido dan akan terjaga bila dah sampai. hahaha.
aku kena duduk depan sebab dorang kt blkg buas. harus bg chance sleeping beauty tdo kt depan. haha
kat 1Utama ramai orang tp majoriti chinese la. xhabis pusing 1Utama sebab 1Utama sebab terlalu besaaaaarrr... makanan pertama yang kami beli adalah mochi sweets. makanan jepun. mula-mula takut nk beli sebab takut tak halal. tp bila tnya orang yang jual tu n ingredients mochi, so, kami pun beli la. sekadar merasa. tapi sedap! serius!
mochi sweets.
saya sudah beli mochi sweets. anda bila lagi? hehe
kemudian kami menuju ke Candylicious. kat sini kami beli popcorn Garrett yang sedap sangat tu. macam macam perisa. then aku beli aiskrim gelato. campur perisa dark chocolate + cookies. sedap! nyum nyum. kat 1Utama banyak sangat jual makanan yang aku tak pernah makan.




masuk butik Guess.masuk iSetan. semua cuci mata. tak ada yang menarik. then, masa tengah jalan-jalan kat deretan butik kat 1Utama, tiba-tiba kami tertarik untuk tengok seorang perempuan cina yang tengah cukur kening dia dengan gunakan benang. magic. ternganga ktorang tengok dari luar tingkap butik tu. hehe.
masuk untuk try shades Guess.


bila dah bosan jalan-jalan dalam 1Utama tu, ktorang plan nak pergi makan meatball kt IKEA. masa perjalanan nak pergi parking, tiba-tiba mak, makcik nora n makcu stop kt satu tempat mekap. Shizens. orang tu promote mascara yang boleh panjangkan bulu mata dan lip tattoo yang boleh pink kn bibir walaupun cium selama 3 jam. amboihhhh.. haha

saya juga mau di' make over'.  bulu mata kakak tu, adalah bulu mata asli dia. no extension. semua tu dia buat sendiri dengan mascara yg dia pakaikan kat aku
makcu, makcik nora dan mak
sdap memakai. sedap juga membayar. hahaha. swipe kad kredit saje la mama kite utk pbelian 1K. hehe
sejam lebih kot dorang makeover kat shizens tu. aku pun termasuk la tu. hehe. dorang yang laki semua dah masam muka sebab dah lapar. haha. klaka gila.
anak dara sulung juga tidak terlepas dapat shizens okay! boleh guna 4 tahun. haha
at last sampai jugak IKEA. ramai orang. semua pun nak makan meatballs. meatballs dia memang sedap. semua pun makan cepat sebab lapar. hehe.
tak payah cerita. masa ni aku lapar tahap gaban gila!
lepas siap makan, aku dengan geng bibiran pergi showroom. actually haritu aku pergi IKEA dengan bbg n kak eyma. aku berminat sangat nak tengok showroom dia. tapi bbg lak tak bg. so, ni la peluang terbaik untuk tinjau-tinjau n amik gmba kat showroom.
bajet berborak kat ruang tamu rumah ni konon-konon
katil dia sangat lembut!
breakfast dengan pinggan mangkuk
cek peti sejuk mana tau ada makanan. boleh masak
at last, bila dah habis pusing-pusing showroom, kazen-kazen yang len nak pergi IPC. so, aku biarkan dorang pergi IPC n aku pergi cari mak n makcik-makcik aku yang tengah shopping kt IKEA. barang-barang kat IKEA ni simple dan murah. kualiti pun kualiti jgk.

dah habis shopping kt IKEA, kami ke The Curve. sempat shopping 10 helai tudung aidijumma n shopping kat Body Shop. kat body shop aku beli bb cream yang glitter. bb cream dia akan tinggalkn muka berkilau. hehe.
part yang paling best pergi shopping adalah bila bayar guna duit mak. weeeee! heheh
bila dah habis shopping dalam body shop, keluar je dari body shop tu, ktorang terkejut sebab semua kedai dah tutup. rupanya dah pukul 10 malam. ingatkan baru pukul 8 malam. haha
semua pun dah penat tapak kaki. haha

then, ktorang jalan-jalan kat the street kt The Curve sambil tengok orang menyanyi n menari. then, disebabkan malam tu cam sejuk-sejuk, ktorang stop kat theodrama chocolate untuk minum-minum kopi n hot chocolate.

masa ni semua nak menuju ke car park tapi tak jadi bila terdengar orang menyanyi

white latte
bila lepak-lepak cmtu, teringat zaman dulu-dulu. dulu wan dengan atuk selalu bawak ktorang lepak minum malam-malam sambil tengok orang nyanyi.  rindu sangat. pastu kalo tetiba atuk teringin nak makan nasi lemak kL ke, mesti wan bawak ktorang pergi kL. kadang-kadang pergi makan haagen dasz. rindu sangat!

dalam pukul 10 malam ktorang balik rumah. kali ni aku tak tdo. tak tau kenapa pulak.  ada la satu cerita ni. kazen-kazen aku yang duk kat belakang main ambik-ambik gamba dalam kereta. mase kat traffic light sebelah kereta ktorang ada lelaki kacak. pastu kazen-kazen aku duk amik gmba dia. kamera tu ada flash. so, bila terlalu banyak flash, laki kereta sebelah tu pandang ktorang. ktorang dah gelak-gelak dalam kereta. pastu terus dia drive laju gila. hahahaha.
masa untuk duduk diam-diam dalam kereta dan dengar lagu
sampai rumah dalam pukul 12 malam. tapi ktorang sempat lagi borak-borak. esok pagi tu baru kaki aku mula lenguh sebab berjalan seharian semalam. hehe

bui bui! :)

RIANG RAYA PART 2

hai.

Part 2 sudah kembali tapi aku akan jadikan entri ni pendek dan seringkas yang mungkin. mungkin sebab tak berapa rajin nak menaip. haha.

hari raya kedua kami ada kat rumah je. buat open house la konon mana tau ada sedara mara nak datang. tapi kan.....tak ada sedara mara datang pun. punya banyak mak-mak masak. at last, ktorang je yang melahap makanan tu semua. hehe.


tengah duduk tengok tv, ada budak datang raya. rumah ni jarang budak datang beraya. mungkin sebab rumah ni selalu tak ada orang.jadi budak-budak pun tak adalah berminat nak datang beraya. ya allah, sabar je. buas gila budak-budak yang datang beraya. bising. pastu gatal lak tu. ish3. hahaha

berborak kejap dengan budak-budak tu, bg duit raya n dorang pun balik. dorang ni datang sebenarnya nak duit raya je pun. bukan pe. tak pelah, masa raya ni la nak dapat duit free daripada orang yang tak dikenali. dan masa raya ni jugak la nak masuk rumah orang yang tak dikenali. hehehe.

mak gedik buat muka macam tu. haha
dalam pukul 5 petang mcmtu ktorang gerak untuk pergi beraya kat rumah pakcik napi. borak punya borak at last tak sedar dah pukul 7.30 petang. terus cepat-cepat balik. maghrib dah.

puas aku julingkan mata. haih!
hari raya kedua ni tak ada kemana pun. beraya rumah pakcik napi je la.

bui bui! :)

RIANG RAYA PART 1

PART 1 | PART 2  | PART 3 | PART 4| PART 5
hai..

mula-mula sekali, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. aku mintak maaf dengan seikhlas hati tanpa dendam kepada sesiapa yang mengenali diri aku yang serba kekurangan dan kurang matang ini. hehe. Semoga raya pada tahun ni lebih baik daripada raya tahun-tahun yang lepas. insyaallah. 

walaupun aku berpuasa tak cukup sebulan :P, tapi aku tetap nak beraya dengan riang rianya. hehe. sebenarnya banyak cerita yang aku nak tulis tapi aku selalu malas sebab yelah, bila lepas balik sekolah, penat. bila penat dah malas nak bukak laptop dan menaip. 

tahun ni aku beraya kat Seremban,Negeri Sembilan. setiap tahun kami raya bergilir-gilir dengan Kelantan. baiklah, persiapan raya aku rasa sangat penat. penatttt sangat. ada seorang je yang tau betapa penatnya aku sebab aku selalu mengadu kat dia. :3 

disebabkan rumah atuk hanya akan berpenghuni bila kami balik seremban, jadi rumah tu kena dibersihkan sebelum family dari sabah balik seremban. hari jumaat lepas, aku dengan bbg bertungkus-lumus kemas rumah tu dengan sebersihnya. pinggan mangkuk yang tak elok dan rasanya tak perlu simpan, kami buang. barang-barang yang tak guna dah, kami jual dekat besi buruk. hehe. seharian tu aku berkemas rumah. penat dia tak payah cerita la. sakit pinggang, kaki, tangan, bahu, belakang. semua sekali sakit.

malam raya pun aku macam sibuk tapi tak adalah sibuk sangat. hanya make sure pinggan mangkuk dikeluarkan daripada almari. malam raya tu aku iron baju 1 family awal-awal untuk elakkn aku rasa malas menggosok baju waktu aku mengantuk.

--------------------------------------------------------------

pagi raya, semua orang pergi solat aidilfitri. aku dengan adik je tinggal rumah sebab tak boleh sembahyang.. jadi, kami dua yang prepare makanan untuk dorang yang pergi solat tu makan nanti. buat kerja cepat-cepat. aku tak suka buat kerja lambat-lambat sebab aku akan penat kalau buat kerja lambat-lambat. 


mesej raya memang berlambak aku terima. ada yang aku tak balas. ada yang balas. biasalah, anak dara kena tolong mak kat dapur. so, aku jeling je mesej-mesej yang kawan hanta. thnk you sebab ingat kat aku walaupun ada certain orang aku tak blas mesej dia.

amik gambar sambil tunggu family paklong sampai
keluarga pertama yang sampai adalah keluarga makcik nora dan seterusnya keluarga makcu. keluarga paklong macam biasa. lambat tiap tahun. hehe. rupanya ramai pulak orang pilih tema warna kelabu. ada la jugak dalam family tadi yang tersama warna baju.

family paklong. ada anak perempuan tunggal
family makngah. ada anak lelaki tunggal
family makcu. ada anak lelaki tunggal
family acik nora. ada anak tunggal
 

*semua pun ada posing masing-masing. rasa kelaka pun ada.


ni la mak dan makcik-makcik aku yang kuat shopping. kaki berjalan
siblings.. kami sangat jarang amik gmba bersama. raya je baru ada chance. hehe
satu-satunya abg dan adik yang aku ada... :)
rumah minang
berjoget di pagi raya. memang tak ada kerja la kan.. haha

makan makan, ambil gambar, beraya dengan family masing-masing, borak-borak, dan dapat duit raya. stesen pertama  untuk claim duit raya ialah famili aku. stesen kedua family makcu, makcik nora stesen ketiga dan paklong stesen terakhir.

cium sampul raya amik berkat duit raya daripada papa. hahaha
dari depan - papa, paklong, pakcik fadli, pakcik azam
COMPLETE!
cousins.. mula dari yang tua kat depan sampai muda yang hujung sekali. kami seimbang. sedozen! 6 perempuan 6 lelaki.

raya pertama ni kalo tak de kerja mesti makan.orang-orang tua entah brapa round makan. dalam pukul 4 lebih macam tu kami gerak balik kg padang lebar, rembau. rembau ni ktorang mesti balik raya tiap tahun. rembau ni kampung belah atuk. kat sini la adik beradik arwah atuk berkumpul. benda pertama kami buat bila sampai kg. padang lebar ni ialah lawat kubur arwah atuk, wan n wan bidan tupin.


kat kg ni kan, aktiviti tiap tahun ktorang mesti buat video seekers. disebabkan kat kawasan rumah yang ktorang datang beraya tu banyak rumah tinggal, jadi ktorang bajet jadi pengacara pastu pergi jelajah rumah tinggalan tu la. pastu mula mengarut-ngarut. hahaha. habis miang-miang badan aku men kat semak kat kg tadi. hehe.

dalam pukul 7 petang baru balik seremban balik. penat sangat. esok sedara mara nak datang rumah. so, mesti sibuk basuh pinggan. aiyooo  x_x

apa-apa pun hari raya tahun ni best la jugak. walaupun dah dua tahun raya tanpa atuk, tapi kami sentiasa rasa atuk ada bersama kami setiap masa. hopefully hari raya korang pun best jugak. masing-masing ada cerita raya yang tersendiri jugak kan? :)

p/s: serius segak dengan baju melayu biru tu.. ikhlas dari hati suci bak minyak seri murni. hehe bagi 7/10. potong 3 markah sebab tak pakai songkok. hehe.

bui bui! :)