hai.
hari jadi aku tahun ni meninggalkan kenangan kat aku dan jiran-jiran. sebab pe? sebab pada hari tersebut, ktorang pakai tudung labuh. disebabkan jumaat lepas, banyak kad matriks pelajar perempuan yang pakai tudung pendek diambil, jadi, isnin nya tu, kami pkai tudung labuh. lagipun konon-konon ada spotcheck. untuk memudahkan cara dan tak mau kena bagi borang salah laku, aku dengan jiran-jiran pun akur la..
hasil selepas aku merengek banyak kali masa nak pakai tudung :'( |
tengok sape yang paling labuh kalau bukan aku kan? |
u know what, sebenarnya pakai tudung labuh ni best la jugak. tapi aku ambil masa yang lama nak pakai tudung tu. aku terpaksa bangun awal pagi daripada biasa untuk pakai tudung tersebut dengan kemas.
masa pergi kelas, budak-budak laki kelas aku dah pelik apsal budak-budak perempuan kelas almost semua pakai tudung labuh. klaka tau bila dorang tanya.
" apsal korang semua ni pakai pakai tudung labuh ni?"
HAHAHA.
disebabkan tudung aku yang paling labuh, ada budak laki cakap cmni kat aku
" nik, alhamdulillah...sempena birthday kau ni, kau dah nak buat perubahan,"
aku sengih je. hehehehe
abe we pulak komen cakap aku nampak lagi kurus bila pakai tudung labuh. eh, yeke?
bui bui! :)