Showing posts with label my days are bright cuz of u... Show all posts
Showing posts with label my days are bright cuz of u... Show all posts

DUA AGENDA

Assalamualaikum.

hi!

well, harini hari Isnin. disebabkan weekend haritu sekolah aku ada buat camping, jadi hari Isnin cuti peristiwa. masa ni, aku berhajat untuk keluar dengan adik aku since Sabtu haritu dah keluar dating. kali ni keluar dengan adik la jugak. tapi harini ada 2 agenda aku. satu bonding time dengan adik. kedua, pergi rumah H untuk tengok dan tolong apa yang boleh ditolong. H dah balik Miri dah awal pagi tadi. dia tak boleh cuti :(


at first aku sampai rumah H, takde orang. rupanya mama dia baru pergi makan. so, taknak buang masa, aku pergi la dulu bonding time dengan adik aku. plus, orang yang pasang aircond pun tak datang lagi. at first pergi 1Borneo sebab aku nak cari clips. tapi clips yang aku nak tu takde la pulak. then, aku baru ingat nak pergi M.A.C dekat 1B tapi rupanya M.A.C dah pindah ke Imago pulak. haish. so, kami lepak minum kejap dan lepas tu baru gerak ke Imago.

aku datang sini memang nak minum hazelnut macchiato je. hehe
sampai Imago terus pergi tempat yang dituju. tujuannya adalah untuk buang duit! haha. tapi takdela buang duit jugak. aku just nak self-reward dekat diri dengan gaji yang aku dapat. yela, kerja penat penat takkan tak belanja diri sendiri. sambil tu aku belanja la jugak adik aku dan beli hadiah untuk mak. 


aku beli Charged Water. then adik aku beli lipstick dan untuk mak aku pun aku belikan dia lipstick and lips primer. so sangat puas hati sebab aku memang peminat No. 1 M.A.C. hehe. 


so, lepas tu kami pusing-pusing Imago tu dan all of a sudden dapat mesej dari H and mama dia. dalam mesej tu tanya aku dekat mana. taknak datang rumah ke. so, aku pun kelam kabut sebab dah lupa yang aku nak pergi rumah H! (haiyoo, bila shopping lupa benda lain)

at last aku sampai rumah H. so, tengok la keadaan rumah dia since dah lama aku tak pergi rumah dia. baru pergi sekali. dah cantik la skit sekarang. haha.




memang belum siap dan kemas sepenuhnya. aku pun tak boleh nak stay lama-lama sebab dah malam. nanti kena grounded pulak aku balik lewat-lewat.  so, nanti bila dah siap, aku update lagi okay? hehe

bui bui!

MANDARIN ORIENTAL KUALA LUMPUR

Assalamualaikum. hi!

last time, masa H datang KL untuk exam kami dinner kat Mandarin Oriental KL. haha! aku dah inform mak plan aku ni. patutnya aku pergi hotel tu dengan Farah tapi memandangkan Farah tengah exam, tak dapat la Farah tidur hotel dengan aku. 

H exam dekat sekitar KL (dah lupa tempat exam dia). so, dalam pukul 11pagi macam tu aku ke Hotel Mandarin Oriental. seorang diri. T.T lunch pun sorang. kalaulahhhh ada Farahhhh...mesti seronok. haish!

aku seharian tu stay kat hotel je. ada la jugak jalan-jalan kejap kat KLCC tapi disebabkan aku ni tak berapa nak sihat sebenarnya, aku tidur kat hotel je. jacuzzi kat hotel tu pun aku tak pandang kot masa tengah sakit. sekarang ni kalau ingat balik, rasa menyesal sebab tak mandi jacuzzi. haha. dalam petang-petang camtu baru aku bangun. nak bersiap untuk dinner.

walaupun aku tak berapa sihat, bila bangun dari tidur, bukak tingkap nampak KLCC, terus rasa seronok. tenang. cantik betul. bilik aku menghadap KLCC dan tingkat 13. so, mmg cun betul pemandangan dia.

H habis exam terus jumpa aku kat lobby. kami jalan-jalan KLCC kejap. dan terus dinner. H bagi pilihan nak dinner indoor ke outdoor. well, kami pergi tengok dua-dua tempat yang dia suggest. 


kalau dinner outdoor, dekat kawasan swimming pool dan bertemankan lampu-lampu yang romantik. tapi sedikit panas sebab ada grilling.

outdoor
kalau dinner indoor, ada orang main piano, gitar dan saxophone. pemandangan dia hanya dalam hotel. pandang sofa-sofa besar je la.

indoor. muka harus kerek sikit sebab sakit kannn. haha!
so, aku pilih untuk dinner indoor je disebabkan aku kan tak berapa sihat. kang kalau berpanas, tambah sakit pulak aku.  hehe


banyak-banyak makanan dalam menu, aku pilih kuey teow je sebab paling sikit portion dia. tak berapa selera nak makan. then, order aiskrim dan pineapple juice.

sambil makan, sambil tengok orang main instruments. tenang rasa. dalam sejam makan dan borak-borak, goodbye goodbye semua dan balik tidur. kalaulahhh ada Farahh kan best. sebelum tido, selfie dengan KLCC dulu! haha

KLCC
kesian sungguh kakak tu. takde org nk tlg amik gmba dia dalam bilik. terpaksa self timer je 

apa-apa pun MO Hotel memang the best!

buibui! :)

"PRAY TOGETHER, STAY TOGETHER"

hai. Assalamualaikum...

buka facebook pagi tadi dannnn aku terus terkejut dan tanpa kuduga dengan secara automatiknya hatiku berdebar melihat foto yang telah dikongsikan kepadaku...cewahhhhhh! puitis pulak ayat! HAHAHA.

"Pray Together, Stay Together".. insyaallah.. we'll work for it bebeh! hewhewhew

GIRLS SLEEPOVER

hai. Assalamualaikum.

sekarang ni aku berada kat sepang. rumah sewa. sangat bosan. sangat murung berada di sini. tak sabar rasanya nak habis praktikum dan terus balik bangi cepat cepat.

raya cina haritu akuu bawak beberapa orang kawan untuk buat sleepover. aku apa lagi.... seronok tahap gaban! haha. dan seperti biasa aku bawak kawan- kawan yang agak rapat iaitu mawa, fiq n aya. 

rumah yg nak dituju ni dekat puchong. sekolah aku mula bercuti hari khamis. petang khamis tu, bila sampai je bangi, aku, mawa dan abe we terus drive ke Nilam Puri Condominium untuk amik kunci. sambil ambil kunci, sambil tu kami masuk rumah dan tengok keadaan rumah. HAHA. ini first time okay!

ni rumah orang bujang. so, kosong je.
masuk rumah tu, benda pertama yang aku berkenan ialah sofa dia! sofa feveret aku. sofa yang boleh lunjur lunjur kaki tu. OMG! suka sangat! hahaha. memang excited betul aku tengok rumah dia sampai tak bukak selipar masuk dalam rumah! hahaha.

seee......excited sampai tak bukak sandal dah
bila dah puas hati tengok rumah, kami pun balik maktab. malam tu, packing barang-barang yang perlu bawa untuk sleepover. memang excited gila okay!

-----------------------------------------------------

esoknya tu, penuh okay kereta. aku rasa kalau orang tengok mesti ingat ktorang ni nak pergi vacation seminggu. padahal nak pergi 3 hari je pun. hahaha. bahan- bahan mentah pun ktorang beli untuk masak- masak kat rumah.

we're ready to go!
sampai je rumah, semua excited. dan, disebabkan aku dah pakai selipar semalam masa tengok rumah, aku terpaksa mop lantai rumah. :( dan kena sapu n lap habuk-habuk kat rumah tu. yang kawan aku tiga orang tu seronok je kan tengok tv..
setiba kat rumah. bilik blkg tu bilik aya n fiq.

malam tu, tiga orang kawan aku pulak jadi chef dan AKU BEREHAT SEBAB PENAT JADI BIBIK PETANG TADI! haha. lenguh pinggang aku. haih!

chef malam ni: fiq,mawa n aya
esoknya tu, aku bangun pagi untuk sedia sarapan. apa yang ada dalam peti, itu la yang aku sedia sarapan pagi. lagipun aku nak make sure fiq makan sebelum dia keluar dating. lapar kang kakak sorang tu. hehe.

aku la chef breakfast. siap ada cheesecake lagi breakfast. haha
seperti biasa tugas aku, bersihkan rumah dan turun bawah check mailbox rumah.. aya cakap aku dah macam suri rumah berjaya. hahaha.

dalam pukul 5 petang macam tu, aku, aya dan mawa turun pergi swimming. ya allah, dah lama gila tak swimming! buas sangat swimming sampai aku mencederakan jari kaki aku. luka la pulak. walaupun luka, tetap tak patahkan semangat aku untuk swimming. hahaha. kami siap swimming pukul 7 petang. penat dan lapar. balik rumah terus melantak apa yang ada kat rumah. hahaha. dannnn..bila dah habis swimming baru terasa sakit luka kaki aku tu. haha.
tempat ktorang berjimba-jimba petang petang.
malam tu, bila fiq dah balik rumah, kami borak-borak. girls talk. malam tu, rasa seronok sangatttttttt...dah la lampu malap malap pulak kan. terus rasa macam poyo dah keje dan ada rumah sendiri.

lepas habis borak, tengok cerekarama sama-sama. masa yang ktorang spend sama-sama tu rasa berharga sangatttt.. lepas ni, sorang demi sorang akan tamatkan zaman bujang. tahun ni pun tahun akhir kami dapat sama-sama. 

esoknya tu, (ahad), kami brunch untuk kali terakhir minggu ni sama-sama. sambil makan sambil tengok drama. dan pukul 1 petang, kami pun balik ke maktab.

tamatlah sleepover kami untuk tiga hari ni.

bui bui! :)

ISKIN NEW YORK 1BORNEO

hai. 

disebabkan cuti ni hanya aku dengan mak sahaja ada kat rumah (adik pergi kelas siang hari, papa dan babang balik kelantan), jadi apa-apa pun aku akan pergi dengan mak. dan mak berhajat nak buat facial treatment. jadi, aku pun teman mak.


appointment pukul 4 petang. actually, aku pun nak buat facial treatment sekali tapi tak jadi sebab beautician ada seorang je masa tu. jadi, nak tak nak aku terpaksa melangok je.

tempoh masa untuk buat facial treatment adalah sejam setengah. kerja aku hanya tunggu sahaja. bila lapar, aku keluar pergi beli makanan. orang tu serve teh bunga ros je. haih! -,-


dalam pukul 5 petang macam tu, adik aku balik dari kelas dan terus pergi tempat kami buat facial tu. at least tak adalah bosan sangat kan sorang sorang.  hewhewhew


ada orang cakap aku makin berisi dah sekarang? ouh, baguslah kalau macam tu! senang hati aku. hahaha. tapi, mungkin muka je kot yang berisi tu.

bui bui! :)

RAINBOW PINATA CAKE RECIPE

hai.

aku suka betul dengan warna-warni nih! ni yang rasa nak cuba jugak buat kek ni. soooooo comellllllssssss. arghhhhhh


resepi dia boleh tengok kat SINI.

macam boleh je buat. macam nak try lah! nyum nyum nyum

bui bui! :)

MAJLIS PERTUNANGAN WANI

hai

baiklah, ini cerita basi. tapi serius aku tengah bosan tahap babun dan nak tulis jugak cerita ni. cerita ini adalah mengenai clasmet aku yang pertama telah bertunang. 


sebelum ni aku tak pernah pun pergi majlis pertunangan. tak pernah langsung. aku tak pernah tau apa yang rombongan dua belah pihak duduk bercerita, berbincang sampai muka berkerut seribu tu. hahaha. jadi, untuk pertama kalinya aku ke majlis pertunangan dan datang menyibuk tadah telinga dengar apa yang orang orang tua duk bincang.


ouh, rupanya bincang pasal tarikh perkahwinan, berapa hantaran dan ada la hal- hal orang tua. baru aku tau rupanya!

wani dapat dua cincin sebab 1 cincin risik dan 1 lg cincin tunang
hantaran. 
masa sampai rumah wani tu, aku dengan clasmet yang lain sibuk duk cari clasmet aku  (wani) yang bertunang ni. masa tu kan ktorang sibuk duk cakap "wahhh, ada jugak clasmet pertama yang bertunang kan?!" masa tu, rasa jeles tu jangan cerita. tapi jeles masa tu je la. hahaha

dannnnn bila jumpa wani, WOW! lawanyaaaaaa dia. ouh, ni mesti seri nak bertunang nih! haha. lagi tambah jeles, u know! haha.

bilik ni dibuat konon2 nk sarung cincin dalam bilik tapi tiba-tiba sarung cincin kt ruang tamu pulak. tapi cantik kan bilik dia hias. hehe
bila majlis dah selesai dan ktorang pun dah selesai makan, ktorang pun amik amik gambar. konon nak amik berkat la jgk. 10 kali okay aku amik berkat wani bertunang. choiii! hahaha.

yeah! amik berkat!
ieka, ain n wani

againnnnnn! amik berkat dan perasan sedang bertunang. HAHAHA
alhamdulillah, wani dah selamat bertunang dan insyaallah dalam bulan Sepetember atau hujung tahun dia akan menjadi seorang isteri.. ewahhh3... part jadi isteri tu aku kena amik berkat clasmet yang sorang lagi yang dah kahwin. hihihihi.
wani n tunangnya, Khairul Ummah
jadi, secara kebetulannya, kami berempat amik gambar dan tiba-tiba berkat wani tunang turun dekat kami tiga orang. yang tak boleh bla, 3 orang tu bertunang dalam bulan yang sama! minggu je yang berbeza. tapi minggu yang berderet!  hahahaha. gila lah berkat wani tunang ni! haha.

"wani tolong la bagi berkat kau kat kami. kami nk bertunang jugak!" hahaha
siapa yang tunang dulu? tu haaa,..cik kak tudung pink yang lenggok lebih tu. dia rupanya yang tunang dulu. second, cik kak yang pkai tudung coklat tu n lastly cik kak yang pkai tudung merah tu. yang tudung coklat n merah tu lagi tua setahun daripada aku n wani. cmana yang muda lagi gatal daripada yang tua ni????  yang muda lak yang cepat bertunang. HAHAHAH

hopefully 4 orang tunangan orang ni akan jadi isteri yang mithali. siapa tak nak jadi isteri yang dapat redha suami? of coz semua pun nak termasuklah aku! insyaallah. ameennn... hehe.

btw, selamat menjadi tunangan orang, wani! darah u manis gitu....so do i! haha

buibui!

WALAUPUN LAMBAT MACAM SIPUT BABI, TAPI AKU MASIH NAK TULIS JUGAK!

alhamdulillah.. genap 7 Ogos yg lepas aku dah cukup 22 tahun. 

aku bersyukur kerana masih mempunyai keluarga yang memahami dan menyayangi aku seadanya, kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan ketika aku ada masalah dan mungkin seorang suami yang penyayang pada tahun tahun akan datang?! HAHAHA. okay, gurau!

terima kasih family!
tahun ni aku sambut birthday kat rumah masa semua big family ada kat rumah. dah lama rasanya tak sambut birthday dengan family.

mase ni dorang tengah buat lawak ape ntah. habis semua gelak. haha
simbol 'peace' dua dua tangan menunjukkan dah umo 22! haha


tahun ni aku dapat hadiah charm pandora daripada mak. dapat 4 rasanya. for sure charm tu emas 916! terima kasih mak! :) sebenarnya pandora aku dah penuh gila. kalau nak pakai charm, kena pilih-pilih sebab banyak. kadang-kadang rasa macam tak terlayan charm banyak sgt. mungkin kena beli bracelet pandora yang lagi satu? HAHAHA. itu lain kalilah fikir. haha

thank you mak!
masa birthday mak belikan secret recipe. ala, mesti korang rasa kek secret recipe tu cam biasa-biasa je. tak kesah la. janji nilai estetika kek tu. sangat bermakna daripada seorang ibu. sayang mak! :)

tahun ni tak banyak dapat hadiah sebab umur pun makin meningkat. tapi rumet aku ada bagi hadiah kat i okay. bagi wide shawl. okay la tu sebab iolsss suka pakai shawl tauuuuuu... hehe. lagi satu dapat hadiah daripada junior. dia blanja itewwww palazzo yang itew cukewwww laaaa... junior iolsss ada bagi wide shawl jugak... waaaa, maseh junior!!! love u lah! hehe.
thank you rumet! :)
terima kasih kepada mawa and fiq sebab sambut birthday aku dengan aya. hehe. tahun depan last dah sambut birthday sama-sama :(

saya dan aya dah sama-sama umo 22 tahun. hehee
terima kasih kepada kawan-kawan yang wish. sori tak dapat bls ataupun like kt fb sebab terlalu sibuk. (masa tu sibuk nak raya). hehee. semoga Tuhan membalas jasa baik korang sebab ingat birthday aku. hehehe

wishlist untuk tahun depan: mahu seorang suami! KAHKAHKAHKAH!! hahahahaah

jgn ingat aku dah gatal. gatal tu semua orang pun ada. lumrah manusia. just, aku nak ada orang sayang aku sebagai seorang isteri.  ewah3! haha. sayang family dkt aku still nombor 1. yang tu kita memang tak boleh nafikan.. semoga dalam misi pencarian yang 'sebenarnya', aku diketemukan dengan yang 'sebenarnya' dengan izin-Nya. aminnnnnn... doakan untuk aku okey! ;)

p/s: btw, sebelum aku habis belajar nk la jugak ada calon kan. at least bila kne posting kt pedalaman nnti takdelah aku terkapai-kapai solo je kan..

buibui! :)

PRAKTIKUM SEMESTER 6 SADIS!

hai.

"kadang-kadang apa yang kita nak, kita tak dapat."

mcam aku lah. 

setiap semester mesti aku dan pasangan praktikum aku akan ada masalah mengenai KENDERAAN. kadang-kadang rasa macam sadis sangat cerita praktikum aku. parents kami bukan tak ada duit tapi kami ada alasan tersendiri kenapa tak dapat bawa kereta. 

kalau family aku ada kat semenanjung, dari semester 1 lagi aku dah bawa kereta. tak ada aku nak menyusahkan diri naik teksi yang mahal nak mamp*s tu. haih!

setiap sem praktikum asyik minta belas kasihan orang je nak tumpang kereta. dan setiap semester praktikum tu jugak la, hero yang menyelesaikan masalah kami ialah LELAKI! ye, LELAKI! 

kalau semester lepas, wali dengan jai dah jadi hero malaya kami. semester ni izzudin dengan nazri pulak. Ya Allah...alhamdulillah. selalu tiap kali praktikum dapat lelaki yang baik hati. tenang sikit hati aku.selesai masalah.

walaupun aku tak pernah bercakap dengan izzudin dan nazri tu, harapnya praktikum semester ni boleh jadi kawan macamana dengan wali dan jai. aminnnn.. sporting jugak dorang eh.. hehe

kawan praktikum sekali. gambar jumpa dalam laptop. ni masa dorang semester 1 degree
p/s: kalaulah aku ada kereta, aku takkan berlaku kejam dekat orang sampai tak berhati perut.

bui bui!

MARAH SEBAB SAYANG LAH!

"marah sebab sayang." tak kisah la mak marah ke, kakak marah ke, abang marah ke, pakwe marah ke, makwe marah ke. semuanya sebab sayang.. kalau dia tak ambil tahu, maksudnya tak sayang la tu kan?

sebagai contoh, kalau semarah mana pun mak kita, dia akan tetap sediakan keperluan kita. dia akan tetap cuba tolong kita selesaikan masalah walaupun memang kita yang salah.

bui bui!

SEMESTER 6

HELLO!!!

haha. nampaknya sekarang kemalasan aku makin menjadi-jadi. kesibukan juga makin menjadi-jadi semenjak semester praktikum ni. baiklah sekarang aku dah masuk semester 6 dan akan menjalani praktikum di SK CYBERJAYA untuk dua bulan. subjek yang akan diajar adalah subjek major iaitu Pemulihan dan subjek minor iaitu Bahasa Melayu. 

alhamdulillah praktikum 1 aku dapat A+. sangat berbaloi dengan usaha dan waktu tido pukul 3, 4 pagi. hehe.  ouh, sebelum terlupa... tahniah buat geng meja bulat kerana berjaya mendapat result exam yang cemerlang gempak lagi da boom! haha ada 4flat gitu. alhamdulillah..kami ada 3 sem lagi untuk bersama-sama buat persidangan meja bulat. hehe.


inilah kami geng meja bulat. dari kiri fiq, mawa dan nik

nanti kalau aku rajin, aku cerita lagi.

 bui bui!