alhamdulillah.. genap 7 Ogos yg lepas aku dah cukup 22 tahun.
aku bersyukur kerana masih mempunyai keluarga yang memahami dan menyayangi aku seadanya, kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan ketika aku ada masalah dan mungkin seorang suami yang penyayang pada tahun tahun akan datang?! HAHAHA. okay, gurau!
terima kasih family! |
tahun ni aku sambut birthday kat rumah masa semua big family ada kat rumah. dah lama rasanya tak sambut birthday dengan family.
mase ni dorang tengah buat lawak ape ntah. habis semua gelak. haha |
simbol 'peace' dua dua tangan menunjukkan dah umo 22! haha
tahun ni aku dapat hadiah charm pandora daripada mak. dapat 4 rasanya. for sure charm tu emas 916! terima kasih mak! :) sebenarnya pandora aku dah penuh gila. kalau nak pakai charm, kena pilih-pilih sebab banyak. kadang-kadang rasa macam tak terlayan charm banyak sgt. mungkin kena beli bracelet pandora yang lagi satu? HAHAHA. itu lain kalilah fikir. haha
thank you mak! |
masa birthday mak belikan secret recipe. ala, mesti korang rasa kek secret recipe tu cam biasa-biasa je. tak kesah la. janji nilai estetika kek tu. sangat bermakna daripada seorang ibu. sayang mak! :)
tahun ni tak banyak dapat hadiah sebab umur pun makin meningkat. tapi rumet aku ada bagi hadiah kat i okay. bagi wide shawl. okay la tu sebab iolsss suka pakai shawl tauuuuuu... hehe. lagi satu dapat hadiah daripada junior. dia blanja itewwww palazzo yang itew cukewwww laaaa... junior iolsss ada bagi wide shawl jugak... waaaa, maseh junior!!! love u lah! hehe.
thank you rumet! :) |
terima kasih kepada mawa and fiq sebab sambut birthday aku dengan aya. hehe. tahun depan last dah sambut birthday sama-sama :(
saya dan aya dah sama-sama umo 22 tahun. hehee |
terima kasih kepada kawan-kawan yang wish. sori tak dapat bls ataupun like kt fb sebab terlalu sibuk. (masa tu sibuk nak raya). hehee. semoga Tuhan membalas jasa baik korang sebab ingat birthday aku. hehehe
wishlist untuk tahun depan: mahu seorang suami! KAHKAHKAHKAH!! hahahahaah
jgn ingat aku dah gatal. gatal tu semua orang pun ada. lumrah manusia. just, aku nak ada orang sayang aku sebagai seorang isteri. ewah3! haha. sayang family dkt aku still nombor 1. yang tu kita memang tak boleh nafikan.. semoga dalam misi pencarian yang 'sebenarnya', aku diketemukan dengan yang 'sebenarnya' dengan izin-Nya. aminnnnnn... doakan untuk aku okey! ;)
p/s: btw, sebelum aku habis belajar nk la jugak ada calon kan. at least bila kne posting kt pedalaman nnti takdelah aku terkapai-kapai solo je kan..
buibui! :)