DYSON SUPERSONIC HAIR DRYER

salam. hi.


hari ini aku macam terlebih rajin sikit nak menulis pasal Dyson Supersonic hair dryer yang aku beli tempoh hari. ini adalah review aku paling jujur. hehe..

aku share latar belakang masalah aku dulu..

asalnya macam ni..aku perasan sejak aku pindah ke tempat kerja yang baru, rambut aku mula ada bau bau yang kurang menyenangkan. macam bau kepam gitu. untuk pengetahuan korang, cuaca sekolah aku adalah sejuk dan lembap. at first aku tak perasan tapi bila lama-lama aku jadi macam tak selesa dan stres! haha. 

so, aku pun mula lah google cara-cara nak hilangkan bau-bauan ni. semua aku dah cuba. guna limau kasturi pastu aku tenyeh kat kulit kepala, beli syampu yang ada perfume, ada menthol, beli syampu mahal, syampu hari hari, pakai hair mask dan sebagainya. end up, bila rambut aku kering, dia jadi kepam. aku macam tension tau! sampaikan aku terfikir nak gunting rambut pendek macam lelaki je.

aku terfikir la untuk buat rawatan kulit kepala kat salon rambut tapi masa tu PKP (perintah kawalan pergerakan). tak dapatlah aku ke salon. so, aku pun sambung stres! haha. fyi, dalam setahun aku akan buat 2 kali rawatan rambut (sepatutnya nak maintain kena pergi sebulan sekali tapi sis busy! haha)

macamana aku boleh berminat dengan Dyson Supersonic ni?

so, sepanjang PKP berlangsung tu, kebetulan aku stalk instagram Fazura dan video dia tu tengah review pasal Dyson Airwrap. tiba-tiba aku macam berminat pula. so, aku buat research pasal produk-produk Dyson ni sehinggalah aku baca pasal Dyson Supersonic Hairdryer ni.

at first aku nak beli online je hair dryer ni (aku terdesak gila masa ni) tapi since harganya agak mahal (serius, bagi aku mahal kottt), aku rasa bagus aku bersabar sikit. tunggu PKP tamat dan beli di kedai je. lebih cepat dapat barang kan. bila PM umum je PKPB dan kedai-kedai boleh buka, aku terus serbu Imago untuk beli hair dryer ni.


aku beli kat Sen Heng. aku tanya macam-macam dengan promoter tu sampai aku puas hati. yela, barang yang aku nak beli tu mahal bagi aku. aku takut menyesal je nanti. bila dah puas hati, baru lah aku beli. fyi, aku sebelum ini keringkan rambut secara natural je. jarang sangat aku keringkan rambut pakai hair dryer sebab pernah baca kalau kerap keringkan rambut guna hair dryer nanti rambut jadi kering dan rosak. 

nozzle yang korang akan dapat dalam box. setiap satu ada function masing-masing. boleh juga style rambut macam Dyson Airwrap


berat hairdryer 1.96kg.

promoter tu tengah bagi penerangan cara nak pakai. hehe

okay, review jujur daripada aku setelah hampir sebulan pakai Dyson Supersonic hair dryer ni SETIAP HARI..

* masalah rambut aku selesai weh! serius dah tak ada bau kepam. aku pun dah tak stres. 

aku pernah tanya dengan Hair care Guru masalah aku ni. dia suggest la aku guna syampu yang gitu la gini la, pakai mask la, pakai serum la n etc. tapi actually semua tu aku dah biasa buat tapi masih juga ada masalah bau-bauan. Hair guru tu pun pening dengan masalah aku ni. tapi lepas aku pakai dyson ni, masalah aku tu selesai! 

* masa yang diambil untuk keringkan rambut aku yang tebal ni adalah 5 minit 19 saat saje. bagi aku memang masa yang singkat! sesuai untuk aku yang selalu syampu rambut malam malam.

* Dyson ini dia tak guna extreme heat. so, kulit kepala tak adalah rasa panas sangat dan angin dia sangat kuat. itu yang cepat kering. plus dia ada cold shot untuk sejukkan kulit kepala kita yang dah panas tadi. tapi sebenarnya ada function lain lagi cold shot ni. 

*rambut aku jadi kurang frizzy (kerinting halus) dah. lepas guna Dyson ni rambut aku jadi lebih rapi dan tak menggerbang. rambut pun jadi wangi, ringan dan kilat wehh. memang aku suka gila!

Berapa harga Dyson yang aku beli ni?


Harganya RM1799!

iye, memang mahal. tapi bagi aku memang sangat sangat berbaloi sebab dia dah membantu menyelesaikan masalah rambut aku. jimat masa untuk keringkan rambut. memang aku tak menyesal beli dyson ni!

serius, aku bagi 100 bintang untuk Dyson Supersonic ni! gunakanlah ia semaksimum yang boleh. 

tapi..

kalau korang jenis yang tak berapa nak hair dry rambut, jenis yang jarang-jarang guna hair dryer, aku tak berapa suggest Dyson ni sebab mahal. kalau jenis jarang-jarang guna hair dryer, aku rasa lebih baik korang go for another option yang lebih murah sikit. berpadanan lah dengan kekerapan korang guna hair dryer tu kan. hair dryer yang lain pun ada yang bagus juga.  tapi kalau terlebih duit, takde siapa halang korang beli 10 biji Dyson pun!! haha

well, satu lagi aku nak share pasal Dyson ni..


aku beli warna hitam. sebenarnya aku suka yang warna matte purple tu. tapi budak promoter tu cakap kalau jenis yang selalu guna hair dryer, nanti warna purple tu lama-lama akan terkopek dekat hujung hujung tu. akhirnya jadi tak cantik. sebab tu la aku pilih warna hitam. 


p/s: dalam kesibukan kita menjaga kulit muka kita, kadang kita abaikan penjagaan rambut. walaupun kita berhijab, itu bukan bermaksud penjagaan rambut perlu ditolak ke tepi. rambut kan mahkota wanita.. hehe

sekian, sahaja review jujur aku pasal Dyson Supersonic Hairdryer. ianya sangat berbaloi dan aku tak menyesal pun beli. hehe tq!