Assalamualaikum.
hi!
well, harini hari Isnin. disebabkan weekend haritu sekolah aku ada buat camping, jadi hari Isnin cuti peristiwa. masa ni, aku berhajat untuk keluar dengan adik aku since Sabtu haritu dah keluar dating. kali ni keluar dengan adik la jugak. tapi harini ada 2 agenda aku. satu bonding time dengan adik. kedua, pergi rumah H untuk tengok dan tolong apa yang boleh ditolong. H dah balik Miri dah awal pagi tadi. dia tak boleh cuti :(
at first aku sampai rumah H, takde orang. rupanya mama dia baru pergi makan. so, taknak buang masa, aku pergi la dulu bonding time dengan adik aku. plus, orang yang pasang aircond pun tak datang lagi. at first pergi 1Borneo sebab aku nak cari clips. tapi clips yang aku nak tu takde la pulak. then, aku baru ingat nak pergi M.A.C dekat 1B tapi rupanya M.A.C dah pindah ke Imago pulak. haish. so, kami lepak minum kejap dan lepas tu baru gerak ke Imago.
aku datang sini memang nak minum hazelnut macchiato je. hehe |
sampai Imago terus pergi tempat yang dituju. tujuannya adalah untuk buang duit! haha. tapi takdela buang duit jugak. aku just nak self-reward dekat diri dengan gaji yang aku dapat. yela, kerja penat penat takkan tak belanja diri sendiri. sambil tu aku belanja la jugak adik aku dan beli hadiah untuk mak.
aku beli Charged Water. then adik aku beli lipstick dan untuk mak aku pun aku belikan dia lipstick and lips primer. so sangat puas hati sebab aku memang peminat No. 1 M.A.C. hehe.
so, lepas tu kami pusing-pusing Imago tu dan all of a sudden dapat mesej dari H and mama dia. dalam mesej tu tanya aku dekat mana. taknak datang rumah ke. so, aku pun kelam kabut sebab dah lupa yang aku nak pergi rumah H! (haiyoo, bila shopping lupa benda lain)
at last aku sampai rumah H. so, tengok la keadaan rumah dia since dah lama aku tak pergi rumah dia. baru pergi sekali. dah cantik la skit sekarang. haha.
memang belum siap dan kemas sepenuhnya. aku pun tak boleh nak stay lama-lama sebab dah malam. nanti kena grounded pulak aku balik lewat-lewat. so, nanti bila dah siap, aku update lagi okay? hehe
bui bui!