PULAU SAPI WITH LOVE

Assalamualaikum. hai!

last Friday, H ajak pergi jalan-jalan. jalan-jalan kali ni ke Pulau Sapi. lagipun kebetulan pula kawan satu ofis (husband (pejal) and wife + their son) dia datang KK and ajak pergi pulau. so, minta permission my mum and luckily dia bagi permission sebab kami pergi bukan berdua. gila kau pergi pulau berdua dengan tunang?!

so, pagi tu aku bangun pukul 5 pagi untuk siapkan diri dan prepare breakfast dan sedikit bekalan untuk kami makan-makan kat sana. siapkan breakfast sebab aku ajak H datang breakfast kt rumah. dan actually dah janji dengan pejal pukul 8 kena tunggu kat jeti. tapi H lambat bangun. cis! so, dalam pukul 9 pagi barulah kami sampai jeti.

actually aku tak plan pun untuk mandi pulau since aku tak suka keadaan berpasir-pasir. tak suka kaki aku kena pasir. tapi at last aku mandi jugak sebab dorang semua nak snorkeling and buat some activities. nasib la bawa juga baju spare.

kami sampai Pulau Sapi dalam pukul 10 pagi. ramai gila pelancong. well tengah musim cuti sekolah kan. no wonder lah! disebabkan dah lama tak naik bot, masa first bot gerak tu, rasa macam bot tu nak terbalik je! haha. actually aku ni ada thassophobia. takut dengan laut. tapi minor je. sebab aku takut jatuh dalam laut. dah la tak reti berenang sgt. nanti kena makan jaws cmana? :( hahaha!

pejal. kak zia. iman
well dah sampai dah
H
sampai je pulau terus cari port untuk letak barang. then, the guys uruskan pasal ktorang nak main zipline. tapi wife pejal (kak Zia) tak naik zipline sebab ada toddler. jadi, kami bertiga je naik. naik zipline dari pulau sebelah. zipline ni ialah World's Longest Island to Island tau. kat bawah tu kita boleh la menikmati pemandangan coral dan sekeliling. memang cantik. dan nasib baik jugak aku tak gayat sebab selalunya aku gayat kalau melibatkan aktiviti yang tinggi tinggi ni.

pic from : http://symbolic-words.blogspot.com

pic from : http://symbolic-words.blogspot.com
pic from : http://symbolic-words.blogspot.com
not so sure berapa bayaran untuk zipline ni sebab semua perbelanjaan aku sepanjang pergi pulau ditanggung beres oleh H. aku kan penganggur.thanks abg! :) rasanya dalam RM50 seorang.

lepas naik zipline, H teringin nak try parasailing. but this time pejal tak naik sebab dia dah pernah try parasailing. so, aku dengan H je yang pergi. tiket untuk naik parasailing yang ktorang dapat haritu RM80 for pairs. so, kira murah sebab ada yang terkena sampai RM180 for pairs.

kasi can la kan nak feeling terbang kejap
parasailing ni aku tak pernah try tapi kazen aku yang dah pernah naik cakap best. so, why not give it a try kan?

memang seronok! sebab dapat tengok pemandangan sekeliling. excited gila. then ada satu part dia jatuhkan kita kat air. Ya Allah, sejuk gila air dia! aku sampai jerit jerit. aku paling tak suka part tu sebab air dia sejukkkk! dah la badan kurang lemak. memang menggigil la kan. hahaha

dah habis parasailing baru la kami pergi snorkeling. aku pergi snorkeling dengan Kak Zia. seronok. dah lama tak snorkeling. tapi aku nak tengok coral yang berwarna-warni. coral haritu cm tak berapa nak warna-warni sangat. 

* belum amik gambar dari gopro dorang

dan yang paling syok bila dorang makan bekalan yang aku bawa. bekalan yang aku sedia sendiri n cakap sedap! memang puas hati weh! tu la first time aku masak untuk tunang aku. haha. seronok tengok dorang habiskan makanan tu walaupun aku tak sempat makan satu pun! lagipun masa tu tak rasa lapar lagi.

adorable iman
dalam pukul 2 petang, kami pun balik. haaa, masa dalam bot tu la baru aku rasa lapar. lapar tahap rasa nak makan orang. so, kena la H bawak aku pergi makan. dia dah sedap sedap lahap bekalan aku tadi. so, kena bawa aku pergi makan pulak! haha

pulang dulu!
yang pelik nya semua penat tapi aku tak penat pun. H pun masa nak hantar aku balik rumah, mengantuk tahap gila. tapi tak bagi pulak aku tlg drive. 

apa-apa pun, rasa seronok sangat haritu sebab dapat pergi jalan-jalan habiskan masa dengan orang yang tersayang. tak tau lah bila lagi dapat jumpa. mungkin lagi 2, 3 bulan. redha jela kan.

thanks for the good time, H! really appreciate it :)

bui bui!