TERIMA KASIH SK TTDI (2)

hai.

let's continue beberapa cerita yang aku dah tertinggal. khamis lepas, 12 April 2012 aku dan satu kelas ke SK Taman Tun Dr. Ismail 2 / SK TTDI2. kami kena menjalankan ujian diagnostik terhadap murid-murid disleksia. jadi guru pemulihan ni, asyik kena buat ujian diagnostik je. kumpulan aku kena buat ujian diagnostik kemahiran membaca.
guys yang macam-macam perangai
ni la group member aku utk assignment disleksia
kelas ni sangat comel. kalaulah kelas kami cmni, dah lama aku tdo je.


btw, murid-murid disleksia kat TTDI ni dah pandai-pandai tau. so, bila cikgu dia tengok soalan-soalan yang kami buat, cikgu dia cakap senang dan mesti murid-murid tu bosan. yeah! murid-murid tu sangat bosan dengan soalan kami yang terlalu senang. serius!
tapi nak buat cmana kan. kami kena buat jugak ujian diagnostik untuk siapkan assignment. dah la isnin which is ESOK kena hantar dah assignment. ujian diagnostik kumpulan aku dan kumpulan lin dijalankan dalam kelas disleksia 3. semua choice murid yang kami kena bagi ialah murid lelaki. aku telah pilih secara random murid dan murid aku bernama Danish Eemran. comel betul nama dia. teringat suami Erra Fazira. haha


selepas dah siap ujian diagnostik dijalankan, majlis penutupan diadakan. kami bagi hadiah dekat guru-guru yang terlibat dan sesi fotografi. masa ni la habis-habisan amik gambar dengan anak murid sendiri, bagi pesanan dekat anak murid. memang best!

tak memasal aku jadi penyampai hadiah. blurrr
kenapa murid tu tb2 jd hot stuff? sebab murid tu didatangkan khas drpd Russia dan tempoh mengajar murid tu cakap bahasa melayu sangat lama. but now murid tu dah boleh cakap melayu. comel la u!
murid ni ialah murid lin. dan mereka sama tinggi. dah la pakai stokin hampir sama. memang la korang ni.
yang paling seronok bila dengan anak murid cakap "terima kasih cikgu zati. nanti cikgu datang lagi sini ye?" tacing terus aku dengar Danish cakap camtu. sedih wei. sayu.sayu.sayu


selepas majlis penutupan, kami dibawa melawat murid-murid pendidikan khas. mereka ni sangat hiperaktif. nakal-nakal tau. btw, skolah TTDI2 ni sangat kaya. banyak sponsor. sponsor lak daripada syarikat besar-besar. dan murid disleksia kat skolah ni sangat bertuah. terapi yang dorang jalani bukan terapi murah-murah. pergi memanah la, swimming la, shopping kat mall.. fuhhh! kaya! btw, murid disleksia ni diberi peluang untuk shopping sendiri kat mall. mereka diberi duit dan boleh beli pape yang dorang nak beli. ini untuk ajar dorang kemahiran mengira. memang terbaik lah!


secara keseluruhannya, kami sekelas sangat seronok pergi sekolah tu. layanan memang da bomb! aktiviti kami lepas ni adalah trip to Johor. mesti lagi best! tak sabarnya...
aku tak tdo pun dalam bas yang moves like jagger ni. layan lagu sensorang lagi best. haha


p/s: 24hb ni aku exam Hubungan Etnik. so, kena mula stadi awal sebab 21hb ni nak pergi Desa Waterpark dengan kazen-kazen.  wuuuu..syoknya! (^------^)