hai.
harini jadual aku penuh dengan ceramah je. ceramah.ceramah.ceramah. pagi ceramah. petang ceramah. malam pun ceramah. ceramah waktu malam adalah ceramah tak rasmi dimana aku kena ceramah dengan seorang kawan sebab tak dengar ceramah betul-betul untuk ceramah petang tadi. hadoiii. banyaknya istilah ceramah.
petang tadi hujan lebat gila. aku ingat aku akan ber'kuch kuch hota hai' lepas habis ceramah tadi. nasib rumet aku ada tertinggal payung kat kelas. kalau tak, mesti aku demam balik. dah la nak exam dah minggu depan. :(
pukul 12.30 tengah hari tadi, ada usrah. nasib la usrah aku jenis yang buat sempoi-sempoi je. aktiviti usrah kali ni adalah MELUKIS perwatakan masing-masing. aku suka bab lukis melukis ni. hehe. jadi, aku telah melukis sesuatu yang melambangkan diri aku.
Emoticon Senyum
Ia melambangkan aku. kalau dalam sehari aku tak ketawa dan senyum, orang sekeliling aku akan rasa pelik dan mula berfikir sama ada aku sedang bersedih, moody dan yang sewaktu dengannya. aku juga seorang yang tak serius bagi sesuatu yang tak serius dan akan serius dengan sesuatu yang serius. aku banyak main-main. tapi kadang-kadang aku serius dalam main-main. aku suka dengar cerita lawak. suka mereka cerita lawak. dalam kehidupan aku, aku suka bergembira. aku tak suka meratapi sesuatu yang tak berguna bagi aku. aku selalu ingat pesan mak "delete orang yang tak berguna dalam hidup kita". aku lebih suka buat tak tahu daripada ambil tahu sebab kadang-kadang 'mengambil tahu sesuatu yang tak berfaedah akan menyakitkan hati'. hehe
Emoticon sedih
Ia juga melambangkan aku. aku kadang-kadang tak faham kenapa ada istilah "tak ada mood tiba-tiba" dalam hidup aku. suka-suka hati aku je nak ada mood atau tak. selalunya aku akan jadi malas melayan orang sekeliling aku bila aku tak ada mood. dan selalunya aku akan jadi garang sewaktu aku tak ada mood. untuk mengelakkan aku marah-marah orang, aku suka berdiam diri. tapi sebenarnya dalam kegarangan aku, aku perlukan seseorang yang pandai mengambil hati aku. senang cerita orang yang manjakan aku sewaktu aku tak ada mood. "aku seorang yang manja tau!" haha. hanya orang yang betul-betul rapat je tahu aku seorang yang manja. aku suka dibelai. terutamanya dibelai rambut. woha! haha
Emoticon garang / nakal
Disebabkan aku seorang LEO, aku takkan lari daripada perwatakan garang dan kuat marah. aku memang senang nak marah KALAU aku nak marah dan aku CEPAT sejuk. selalunya aku akan cepat sejuk. so, jangan risau. tapi aku tak adalah suka marah tiba-tiba tak tau hujung pangkal. rules berkawan dengan seorang LEO ni senang je, "dia seorang yang baik hati tapi jangan sesekali buat dia marah. dan dia takkan marah tanpa sebab." so, dah baca kan? konklusinya aku tak suka marah-marah. penat tau marah-marah ni. so, jangan buat aku marah dan marah-marah aku. tapi.. sejak jadi guru pemulihan ni, aku jadi seorang yang bersabar. nakkan pulak ada seseorang yang sangat tenang dan susah nak marah. jadi, aku nak ikut perwatakan dia. hehe
dan aku seorang yang nakal. kadang-kadang kalau datang mood gila, aku akan buat sesuatu yang gila. bukan aku gila. kadang-kadang kalau tengah duduk melangok, tiba-tiba rasa nak makan big apple kat alamanda ke, aku akan pergi ke alamanda semata-mata untuk beli big apple. cmtu la. dan satu lagi, aku suka sangat kacau kawan-kawan. tapi bukan selalulah. ia lebih kepada sakat. sape yang salu kena sakat dengan aku tu, dia faham la cmana cara aku sakat tu. hehehe
Emoticon berserabut.
Itu juga melambangkan aku. aku seorang yang cepat stress. aku seorang pemikir yang kritikal. aku suka berfikir sampai akar umbi. wooohhh! untuk kurangkan stress, aku akan ketawa. aku juga akan stress kalau persekitaran aku busuk ataupun bersepah. sebab tu, sebelum aku tido, aku akan make sure persekitaran aku kemas dan tersusun. kalau tak kemas, aku tak boleh tido dengan lena. kalau tak percaya, boleh temu bual mak aku. aku akan kemas rumah sebelum aku tido. hehe.
Emoticon sedih + air mata.
Ouh, aku seorang yang cepat tacing. aku cepat tacing bila tengok orang menangis. tak kesah la dia menangis sebab apa. bila tengok orang menangis, aku jadi nak menangis. dan aku tak boleh tengok orang sakit yang masuk hospital. lebih-lebih lagi orang yang dekat dengan aku. aku akan rasa nak menangis. sama la jugak bila aku tengok drama ke, filem ke. asal ada part tacing, mata aku akan bergelinang air mata. dan satu lagi, aku tak boleh tengok peminta sedekah ataupun penjual tepi-tepi jalan. aku rasa kesian dan terbayang camana la kalau aku atau family aku berada di tempat dorang. lembut sungguh hati aku. hehe.
Emoticon pemalu.
Aku memang! kalau aku tak kenal, aku akan rasa segan melampau-lampau. serius! kadang-kadang aku takkan bercakap dengan orang tu ataupun akan mengelak daripada terserempak dengan orang tu. sebab tu bila orang tak kenal aku, orang akan cakap aku sombong. bukan sombong. aku cuma segan dengan orang yang aku tak rapat. Bila tiada pilihan dan terpaksa berinteraksi dengan seseorang, aku terpaksa tahan malu dan kena berlagak cool depan orang yang aku segankan tu. tapi bila sekali aku rapat dengan orang, banyak cerita aku nak kongsi. aku suka berkongsi cerita dengan orang. believe me! :)
dorang yang lain lukis tisu, jubah n meow :)
tak boleh tido masa ceramah pagi tadi. sejuk sangat. kalaulah ada selimut..lagi heaven! |
kawan aku cakap muka aku semakin sembuh. alhamdulillah. aku hanya perlu bersabar. Allah S.W.T uji sekejap je. sabar.sabar.sabar. :) dan apa yang paling penting, aku kena kurangkan stress dan kurangkan tengok cermin sebab nanti akan jadi stress tengok muka sendiri. haha. sebab tu bila aku tengok cermin, aku tak pakai spectacle. nanti stress! haha.
gudnite! bui bui! :)