hai.
baru je nak siapkan assignment sikit, abe we dah bising tanya dah update blog ke tak. haih! "aku tulis cepat-cepat ni untuk kau. demi kau! ada faham?"
baiklah, seperti yang kita tau, haritu semua pelajar universiti dapat baucar buku kan? dan kami pelajar IPG tak dapat kan? at last kami dapat jugak. wah, macam terbuang je pelajar IPG. dulu alasan tak dapat baucar buku sebab kami dah dapat elaun buku satu gribu. tapi alhamdulillah..dapat jugak. hehe. sedap jugak kan nak amik barang-barang dalam kedai buku tu sampai bayar tutup mata je kan? hehe
okay, disebabkan semalam semua pelajar dah dapat baucar buku, pagi-pagi lagi dah tengok depan kelas aku orang jual buku. dah macam jadi MPH kot depan kelas aku ni. siap jual komik-komik, Alat Bantu Mengajar (ABM), majalah n semua pun ada.
memang beruntung betul la kan kelas aku. asal orang datang menjual, mesti depan kelas aku. tak kira la jual spectacle ke, jual kamus elektronik ke, jual buku ke, memang semua depan kelas aku. memang asal bosan dan tak ada lecturer je, keluar lepak depan kelas.
so, tadi memang ramai pelajar berkumpul kat depan kelas tengok buku. aku pun join la menyibuk tengok buku. ouh, ada pulak clasmet aku yang baik hati nak belanja aku buku. tu pun sebab dia nak cukupkan baucar dia. okay, pape je la.
btw, thnk you iqram.. wah, ini adalah pendedahan panas. habis la gosip dalam kelas ni. tak pela kan, orang nak beli, kita hargai je la kn. tak salah pun. :)
kompas cinta la sangat kan. malu lak aku. haha |
you know what, semalam aku bukan kemain prepare untuk presentation math untuk harini. tiba-tiba lak lec cakap tunda present hari lain. ala....selalu macam tu kan. nanti entah bila-bila nak present, aku pun dah lupa apa yang aku prepare. dah la tak present lagi, bagi keje baru lak tu. tapi aku suka sebab part aku tu sikit je. hehe.
yang sebelah kanan tu la part aku. article yang perlu diterjemahkan dan paling pendek daripada ahli group aku. hehe |
#rasa badan macam panas-panas je. muka rasa panas. balik kelas tadi ber'hindustan' dalam hujan. nasib tak ada shah rukh khan. kalau tak, lagi galak menari. hahaha. habis basah kuyup baju.#
bui bui! :)