PROGRAM PEMULIHAN KHAS. TO UKM WITH ❤

hai.

minggu ni aku rasa minggu yang sangat ringan. wah! seronok wei hidup di maktab. hehe. minggu ni hari isnin je ada kelas. tu pun 1 kelas je. hari-hari seterusnya ada heaven. cutiiii. hehe. disebabkan kami cuti 5 hari iaitu dari jumaat sampai selasa, aku ingat nak stay kat maktab je. orang lain semua balik. tapi kan.. ada seorang gadis telah menggoda saya untuk keluar ber'ulala ulale'. ouh, macam tak keluar je. sebab baru je bayar Mary Kay. koyak dah purse. haha

btw, MK kita dah sampai dan aku rasa sangat teruja. hehe.kita tunggu dan lihat 30 hari akan datang. kuikuikui

baiklah, harini tak ada kelas TAPI kami kena pergi UKM untuk hadiri program pemulihan khas. kira bestlah jugak sebab boleh jumpa orang lain. i mean, boleh cuci mata tengok budak UKM. lagipun aku tak pernah lagi masuk UKM.
ceramah tu berlangsung kat dewan apa entah. tapi dekat Fakulti Pendidikan. dan audiens yang hadir adalah pelajar-pelajar UKM fakulti pendidikan. lebih spesifik adalah pelajar yang ambil kos pemulihan khas macam kami. hehe.

program tu sekejap je. actually penceramah yang bagi ceramah tu adalah penceramah yang pergi bagi ceramah kat kami tentang pemulihan khas. tapi lokasi dia berbeza. haritu dekat IPG Kampus Pendidikan Bahasa Melayu. so, isi yang disampaikan adalah lebih kurang sama dan semuanya teori-teori yang ktorang blaja kat maktab. ceh! bajet banyak ilmu. haha.

anak sape la yang tembam kat belakang tu. ya ampun!

classmates yang comel-comel. boleh pilih nak yang mana satu. haha
 10 minit pertama tu iye la aku khusyuk dengar orang bagi ceramah. 10 minit kemudian, tangan aku dah gatal nak main game. hikhikhik. lepas main game, main amik-amik gambar la pulak. bluetooth gambar dengan lecturer, online. download itu ini. tengok tengok dah habis dah program. wah wah wah. untung bangat sih! haha


u know what, aku rasa macam nak tergelak. masa tengah bluetooth gambar dengan lecturer, boleh pulak satu kelas tengok aku dengan lecturer. pastu siap cakap "untung la ada geng iphone," okay fine! aku pelik asal dorang semua tengok-tengok. malu kot aku! huh! haha. pastu lec aku siap suruh download whatapp. whatapp tu tak best la, dr. download la viber. boleh hantar gambar n kol. dari haritu lagi aku pesan kat dia install viber dan dari haritu lagi dia pesan kat aku install whatapp. hahaha

hajat nak amik gambar dengan rumet je tapi tiba-tiba juwe sibuk kat tepi. layan~
bila nak balik maktab, macam rasa sedih la pulak sebab....... habis sudah bha sesi mencuci mata. haha. yela, lumrah manusia suka melihat kecantikan dan kekacakan. suka tengok tak semestinya suka atau jatuh hati. tapi kalo nak terjatuh, nak buat cmana kan. haha. tak mau la yang kacak di mata semua orang. nanti dia jadi lupa diri dan mula tamak. aku selalu cakap dengan aa "orang kacak selalu tamak!" sememangnya! :3

sampai maktab, sesi untuk rehatkan diri. walaupun pergi program sekejap je tapi penat dia tak payah cerita. macam lari 8 round padang. okay, itu hiperbola sangat!

p/s: masa nak bayar makanan kat kafe UKM tadi, bukak purse ada seringgit je. rumet pun ada lima ringgit. cek punya cek nasib ada RM10 dalam poket purse. fuhhhhh! aku lupa yang duit selebihnya ada kat bilik. hish!

p/s: Happy Birthday to my dear classmate, Iqram Akeef. semoga cepat kahwin! haha

bui bui :)