JADUAL PADAT!

hai.

gambar hiasan. gambar yang menunjukkan aku sedang seronok bercuti. hehe
cuti sudah bermula tapi bagi aku, aku tak boleh cuti. aku kena kerja keras untuk capai sesuatu. apa dia benda tu? adalahhhh..orang yang terdekat je yang tau. hahaha

okay, bulan Mei ni jadual aku penuh sangat dan aku rasa aku akan jadi hitam sebab dua minggu camping. dah la semua pun aktivit berkaitan dengan air. berjemur tengah panas. memang syok lah! tak mau aku keluar rumah masa cuti nanti. hehe

let's check it out!


u see....penuh. dengan nak exam lagi. semester ini sangat tough. sebab banyak gangguan sebelum exam. banyak aktiviti. haish! dan yang paling sedih, aku tak dapat pergi majlis konvo abang aku. 14 Mei tu adalah paper pertama aku.

tapi dalam perbualan aku dengan mak tadi, mak cakap lepas dia balik dari konvo tu, boleh la dia singgah jemput aku kat maktab. aku dapat balik rumah seremban sehari sebab 15 Mei mak n papa nak balik sabah dah. so, aku nak la hanta dorang ke airport. dan adik aku akan stay kat semenanjung sampai lah aku habis exam dan nak balik ke sabah. 

tapi......parents aku tak tau sama ada nak balik semenanjung cuti 25 Mei tu ke tak sebab dorang ada urusan kat seremban. dah la aku baru beli tiket balik sabah. takkan la dorang balik seremban aku tinggal sorang-sorang kat sabah?! sayang la kalau tiket tu burn gitu je. huwaaa... sayangnya duitku... 

dan sebenarnya 4 Mei tu, aku dan batch aku kena pergi BTN. urgh! habis clash dengan aktiviti ktorang nak pergi Johor. tak tau la cmana. ktorang plan nak teruskan je aktiviti ke Johor tu. 

selagi kita hidup, selagi itu kita boleh berharap di samping berusaha
tak sabarnya nak habis exam dan enjoy dan bercuti. hehe. petang tadi borak panjang-panjang dengan mak. gelak-gelak. macam dah lama tak borak dengan mak. mak pun sibuk. macam-macam share dengan mak. besfren aku adalah mak, amim dan boifren aku. tapi aku tak ada boifren. so, besfren aku setakat ni adalah mak dan amim. hehe. aku nak tunggu aku umo 24 tahun baru aku nak ada boifren. boleh caya tak? hahaha. aku pun tak tau. hehe.

p/s: seronok gila conquer tv. dah la boleh tengok channel sesuka hati. hehe. macam tido kat bilik tv ni je malam ni. haha

bui bui! :)