ALAMANDA AGAIN. DUH!

hai. 

u know la kan..aku paling suka tulis cerita pasal aku pergi jalan-jalan. memang sah! dan aku suka jalan-jalan. hehe. dan bila pergi jalan-jalan tak sah kalo tak amik gambar. so, let's the story begin.

seperti yang dah diberitahu dalam post yang lepas, kami cuti 5 hari. dan malam ni aku keseorangan di bilik sebab rumet aku balik putrajaya. aku dah biasa tido sorang-sorang dan tak takut okayyy! 

semalam berkira-kira tak mau pergi alamanda. ouh, u know what. harini kan ada perhimpunan BERSIH kat KL. so, kami ke alamanda sebab tak mau terlibat dengan perkara-perkara yang akan buat kami kena buang maktab. mana tau kan. tak memasal kena tangkap bila TERpergi perhimpunan tu. hikhikhik.

back to the story...

semalam aku berkira-kira tak mau pergi alamanda sebab tujuan utama kawan-kawan aku adalah tengok wayang. dan bad habit aku sekarang bila tengok wayang adalah aku suka tido dalam panggung. dan hal ini sangat tidak berbaloi buat aku sebab aku beli tiket wayang. takkan la beli tiket wayang semata-mata nak tido je kan?

so, semalam masa tengah tengok tv sorang-sorang aku buat decision la. okay, aku keluar! tapi aku dah inform kat kawan aku yang aku tak mau tengok wayang dan masa dorang pergi tengok wayang, aku akan forever alone jalan-jalan cuci mata dalam alamanda tu. yeye la kau kan?!! haha

harini adalah GIRLS DAY. kami berempat. aku, ateh, fiq n iera. supposely rumet aku ikut tapi sebab hal-hal yang tak dapat dielakkan, dia tak dapat pergi sekali.

saya, fiq, ateh. aku macam seorang kakak la sebab tinggi. hehe
ateh, iera, fiq
sampai alamanda pergi beli tiket. okay fine! ramai gila orang. semua pun macam nak tengok cerita The Avengers. ateh, fiq n iera decide nak tengok battleship tapi aku kan dah tengok cerita tu dengan clasmet aku yang lain. so, aku decide nak tengok The Avengers sorang-sorang. ceh! mula-mula cakap tak mau tengok wayang. last last tengok jugak. sorang pun sorang lah! showtime movie kami sama iaitu pada pukul 3.45 petang.

lepas beli tiket, kami pergi makan. baru nak mula makan, napi datang join kami kat kfc. u know what, aku cm dah lama tak makan kfc. hehe. tujuan napi datang adalah untuk amik tiket wayang dorang yang aku beli. yela, dorang nak tengok waktu malam. nanti habis pulak tiket. dah alang-alang aku beli tiket, baik aku dahulukan dulu duit aku.
kesian fiq rendah. hehe. try again next time, fiq
 next destination is to MPH. ateh & iera nak habiskan baucar buku. ktorang spend time lama gila kat kedai buku. baca buku free. hehe. lepas tu, masuk kedai kasut, masuk kedai baju, masuk kedai itu, masuk kedai ini. napi pun dah naik bosan lalu beliau berhajat untuk pulang. haha. kalau berjalan dengan perempuan, sabar je la ye? perempuan memang macam ni. kalau boleh, semua kedai kat mall tu dorang nak masuk. hehe.

saya suka posing buat-buat baca buku macam nerdy. haha
ouh, ateh, fiq n iera masuk PDI tau. mula-mula tu aku masuk jugak kedai baju tu. tapi sesak sangat keadaan dalam kedai tu, aku pun tunggu kat luar. lagipun aku nak elakkan diri daripada tengok baju-baju. nanti konfem aku TERbeli. baju aku kat bilik dah banyak. satu beg besar lagi! huh!

ya allah, punya kemain lama aku tunggu dorang beli baju dalam PDI. masa tu kan, aku pun terfikir cmtu la kot kan perasaan lelaki tunggu gf masing-masing pergi shopping. lagi naik angin kalau lama kita tunggu orang tu shopping  last last dorang keluar daripada butik dan cakap " tak ada yang berkenan la," hahaha. aku dulu selalu la buat macam tu. hehe. sebab tu aku tak suka pergi shopping dengan bf sendiri. TAPI aku suka pergi shopping dengan abe we. hehe.

ouh, bila dah tunggu lama kat luar butik tu, aku cari-cari la dorang kat dalam butik tu. ouh, ada lagi dalam butik. ingat dah keluar. dan bila dorang keluar, amboih! masing-masing bawak plastic bag. haha.

penat wei tunggu dorang habis beli baju kat PDI :(


macam aku sedang memanah betul-betul la pulak. hehe




at last, ktorang separate masuk panggung masing-masing. aku kan duduk seorang dalam panggung tu dan sebelah aku adalah seorang lelaki. aku tak pandang pun lelaki tu. macam melayu. dia pun solo fighter macam aku lah! haha. tentang cerita yang aku tengok tu, aku rasa cerita tu best sangat tapi part yang nak habis dah la. yang awal-awal tu aku rasa bosan sikit. mungkin sebab aku mengantuk kot. nasib aku tak tertido.

dalam cerita tu, aku paling suka watak Iron man sebab dia dah la boleh terbang, kuat pulak tu. then secondly aku suka pemanah tu. style gila dia memanah. tak pandang masa memanah pun boleh kena. dah la kacak! haha. tapi dia tak boleh terbang. hehe.

lepas dah habis tengok wayang, teman kawan pergi Carrefour kejap sebab dorang nak beli barang. pergi sana. pergi sini. at last bila waktu untuk balik, aku je yang tak ada pegang plastic ke apa. wahhh! hebatnya aku. hehe.
okay, tumpang rehat kat rotiboy. haha

penatlah harini. tapi tetap best sebab dapat jalan-jalan. thanks friends! :)

bui bui!