TERLEPAS JADI JERUK. YESSS!

hai.

aktiviti harini ialah keluar daripada balang kaca. bebas daripada jadi jeruk kejap. lemau je duduk dalam maktab. aku, ain n cucut keluar pergi taman botani. aku pun tak tau sangat nama tempat tu. rasanya taman botani shangri-la. cmtu lah. selalu aku pergi taman botani yang lain.
#ain n cucut# untung la ada pakwe. aku nak ada suami terusss! haha
sampai je sana, ramai je parents bawak budak-budak kecik main kat taman permainan. ada yang tengok anak main jongkang-jongkit la, main kasut roda la, main layang-layang la. macam-macam.
tengok budak-budak kat taman ni, terus aku rasa tenang je. on the spot rasa macam nak ada anak! hahaha. dah la sebelum keluar tadi, aku tengah tengok-tengok gambar orang yang ada anak buah. jelesnya. nak jugak! :(

adik beradik, cepat la korang kawin! aku nak anak buah ni!! disebabkan aku anak kedua dan anak perempuan sulung, mak cakap nanti aku la yang kena kawin dulu. abg kawin lambat tak pe. adik pulak terlalu muda. haish! lambat lagi la jawabnya kalo nak tunggu aku kawin. kena tunggu 4,5 tahun lagi la. sape nak tunggu aku? cabut kuku cepat! haha.

sebelum kawin, aku kena improve skill memasak dulu. kena improve skill menjahit. nanti kesian kat laki aku. kalo aku kawin dengan orang yang kurus, tambah kurus la dia. kalo kawin dengan orang yang gemok, jadi kering la dia. oh, no no no! azam tahun ni kena pandai masak banyak masakan lagi. hehe. 

back to cerita kat taman botani, kami bertiga jalan je tak tahu tuju kat mana. sambil kitorang jalan tu, cucut buat silap mata. amaze kejap aku. gelak-gelak bila magic menjadi.
ain kuasa dua. haha

tengah syok-syok jalan n amik gambar, tiba-tiba hujan rintik-rintik la pulak. kacau betul. nasib kejap je. ktorang patah balik pergi kat kereta. sambil-sambil tu main silap mata lagi.

lepas tu, dorang singgah petronas kejap nak sembahyang. and then ktorang terus pergi kajang. yey! at last dapat jugak makan lamb chop. dah lama tak makan lamb chop. borak punya borak sampai pukul 9. macam-macam kitorang borak.

tiba-tiba mood tak de la pulak bila dah lama-lama kat tempat makan tu. banyak pulak yang aku fikir. macam-macam. dilema. urgh! rimas betul. sampai maktab, bersihkan diri n terus buat kerja sikit. esok nak kena hanta.

cerita harini macam tak seronok sangat sebab aku tak ade mood. senyum n gelak tak semestinya bermakna kan? =)

yang buat aku tersenyum sekarang ialah ada orang tu tersenyum sorang-sorang bila aku tulis cerita kat blog SUKA SUKI. haha

p/s: persekitaran kat maktab ni tak seronok la. buat aku stres tanpa sebab.
p/s/s: aa, tulis la kat blog pasal gf u. nak baca ni! #wink wink#  haha.

bui bui!